,
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

Awani
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.

Isteri Tertuduh Belum Sedia Tampil

Bagaimanapun, peguam bela, Nur Aida Md Zainuddin berkata, keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.

"Bagi keluarga memang bagi sokongan. Namun buat masa sekarang, isteri (tertuduh) masih belum boleh keluar dan belum bersedia.

"Hari ini yang hadir cuma bapa dan adik-beradik kepada tertuduh.
"Proses hari ini masih di peringkat pertuduhan, jadi sebarang dokumen kami belum terima dan tarikh sebutan semula kes pada 30 Ogos ini," katanya ketika ditemubual pemberita sejurus selesai pertuduhan Muhammad Alif di mahkamah.
Sebelum itu, Muhammad Alif yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah, pada 10 Julai lalu.
Ketika pertuduhan dibacakan, Muhammad Alif, 26, hanya mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak sebagai Majistret, Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Mengikut pertuduhan, suspek didakwa membunuh Nur Farah Kartini yang berusia 25 tahun dan merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Suspek yang telah berkahwin itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, antara jam 9 pagi pada 10 Julai hingga 6 petang, 15 Julai lalu.
Berikutan itu, suspek didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau dipenjara minimum 30 tahun atau minimum 12 sebatan.
Pendakwa Raya kemudian memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes seterusnya bagi menyerahkan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan laporan Telco.
Mahkamah kemudian menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Pada 15 Julai, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.
Penemuan mayat mangsa adalah hasil soal siasat ke atas suspek yang juga kenalan kepada mangsa.
Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 Julai hingga 22 Julai sebelum tempoh reman ke atasnya disambung tujuh hari lagi sehingga 29 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis Perak mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya yang bertugas di Balai Polis Slim River, Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

​BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Tiba Di Mahkamah

​BERITA TRENDING:Abang Farah Kartini Dakwa Jumpa Suspek 4 Hari Selepas Adik Hilang - "Dia Nampak Takut-Takut"
​BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Siasatan Forensik Jumpa Kunci Kereta
Suspek yang berasal dari Melaka juga sudah mendirikan rumah tangga.
Dalam siasatan terhadap pembunuhan itu, pasukan penyiasat polis melakukan pelbagai operasi mencari dan mengesan bahan bukti di beberapa lokasi sekitar daerah Hulu Selangor dan Muallim dan Slim River di Perak.
Pencarian yang dijalankan oleh pasukan forensik termasuk unit skuba itu membawa kepada penemuan telefon bimbit dalam parit serta kunci kereta dan dompet dalam Sungai Trolak.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dipetik berkata, siasatan kes itu telah selesai, dan perselisihan perhubungan dipercayai adalah punca gadis berumur 25 tahun itu dibunuh.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tekup Bayi Dengan Bantal Sehingga Maut, Pengasuh Direman Tujuh Hari

gempak
07/09/2024
05:25 MYT
Seorang pengasuh wanita direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama,Melaka pada Jumaat.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

“Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap

gempak
06/09/2024
13:25 MYT
Diana Danielle menyatakan rasa puas hati selepas pihak polis menahan seorang pemandu bas lelaki yang memuat naik video membuat konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah pada Jumaat.
Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
05/09/2024
20:55 MYT
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.
Terkini

Remaja Tembak Lelaki Kerana Lambai Tangan Kepada Teman Wanitanya

gempak
03/09/2024
15:12 MYT
Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari waktu tempatan itu menyaksikan mahasiswa yang dikenali sebagai SP, 26, ditembak suspek selepas keluar dari pejabat Bawaslu.