Kisah siasatan yang penuh suspen dan dalam masa suntik elemen komedi iaitu Drama Astro Original Series, Murder by Moonlight semakin memberi banyak petunjuk.
Malah dalam episod kedua terakhir malam ini, penonton akan terkejut dengan satu demi satu pendedahan dari suspek yang terperangkap dalam hotel berkenaan.
Paling mengejutkan, Jit mula mengaku dia yang membunuh Tuan Osman tetapi ada banyak plot twist dan kisah disebaliknya apabila semua suspek mendedahkan apa yang mereka nampak pada malam hari pembunuhan penulis novel terkenal itu.
Adakah dengan pengakuan Jit itu maka tamatlah penyiasatan tentang siapakan pembunuh sebenar Tuan Osman?
Saksikan Murder By Moonlight yang ditayangkan setiap hari Isnin, jam 9.00 malam,di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro Go atau On Demand. Drama premium 8 episod ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan mempersembahkan produksi Iron Hill Media dan PassionPictures.
Menariknya menerusi Murder By Moonlight
Murder By Moonlight melibatkan gabungan 4 orang pengarah kreatif iaitu Mien.Ly, Khairil M.Bahar, Gavin Yap dan Tony Pietra Arjuna. Setiap pengarah mempunyai sentuhan magis yang berbeza.
Mien. Ly dan Khairil M. Bahar bertanggungjawab mengarahkan episod 1 & 2; Gavin Yap bagi episod 3 & 4, Tony Pietra Arjuna untuk episod 5 & 6; dan Khairil M. Bahar episod 7 & 8. Mien.
Kisah Murder By Moonlight
Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari!
Saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand.
Lokasi penggambaran Murder By
Viral
Suspek Sebenar Muncul? Kes Pembunuhan Tuan Osman Mula Terbongkar Satu Persatu
