Hiburan

Sweet Farhanna Masih Terkesan Dengan Kehilangan Kakak

gempak
Ahmad Shah
01/07/2016
07:13 MYT
Sponsor Banner
Sweet Farhanna Masih Terkesan Dengan Kehilangan Kakak
Melihat sendiri kakak tersayang 'pergi' di pagi 1 Syawal sememangnya satu kenangan yang pahit buat pelakon remaja, Farhanna Qismina Supandi atau Sweet Farhanna, 19.
Mengimbas semula kenangan buruk pagi Aidilfitri tahun lalu, kereta yang Sweet naiki bersama keluarganya terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri di Jalan Kuching.
Tragedi itu meragut nyawa kakak Sweet, Farhanna Qistina Supandi atau lebih dikenali dengan nama Pearl. Siapa sangka, pagi Syawal yang sepatutnya menjadi detik kegembiraan umat Islam untuk meraikan kemenangan menjadi detik hitam buat Sweet dan keluarga.
Hampir setahun tragedi tersebut berlalu, Sweet berkongsi rasa bersama Astro Gempak mengenai memori bersama kakak tersayang.
"Sejujurnya, kami sekeluarga masih rasa kesedihan itu. Kami kehilangan ayah tersayang tujuh tahun lalu. Semenjak itu, sambutan Syawal kami sangat sederhana kerana masih terasa dengan kehilangan ayah.
"Tahun lalu, kakak pula yang meninggalkan kami sekeluarga. Bila sebut mengenai Raya, seluruh ahli keluarga saya pastinya teringat dengan kejadian tersebut.
"Hari yang orang lain nantikan untuk bergembira menjadi hari yang paling berduka buat kami," kata Sweet.
Begitu rapat dengan kakaknya kerana jurang perbezaan umur yang tidak jauh, Sweet sangat terkesan dan sentiasa mengingati kakaknya.
"Saya sangat rapat dengan kakak kerana kami membesar bersama. Kakak saya adalah kawan, kakak saya adalah teman gaduh, kakak saya adalah tempat saya meluahkan perasaan malah dia juga merupakan idola saya.
"Walaupun sudah setahun berlalu, saya masih rasa terkesan. Mungkin saya nampak biasa sahaja di luar, berlagak tenang seperti tiada apa-apa, tetapi dalam hati, tak siapa yang tahu. Ini adalah suratan takdir, mahu atau tidak, saya dan keluarga tetap harus menerimanya," katanya.
Ketika ditanya apakah yang bakal Sweet lakukan jika masa itu dapat diputar semula, gadis ini mahu mengalah dengan kakaknya.
"Saya mahu berikan lebih banyak masa dengan kakak. Saya ingan berikan masa untuk memahami kakak dan sediakan apa yang kakak saya mahukan.
"Saya juga mahu mengalah dengan dia. Sebagai seorang kakak, selalunya dia akan mengalah dengan kerenah saya. Saya mahu mengalah dengan dia kerana dia seorang insan yang sangat baik," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024