HIBURAN

Sweet! Isteri Titip Ucapan Istimewa Buat Fizi Ali Sempena Hari Lahir - “Awak Adalah Lelaki Yang Saya Pernah Impikan”

Asyikin Mayudin 17/04/2025 | 01:55 MYT
Sempena ulang tahun kelahiran ke-36, isteri kepada penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta.

Suami yang sempurna

Menerusi hantaran di Instagram, Zulaikha menyifatkan Fizi seorang suami yang sempurna dan sentiasa melengkapkan hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali Bersuara Isu Pendaftaran Sekolah Ameena, Mohon 'Belah Sana' Jangan Bawa Lari Anak - “Tak Puas Hati Kita ‘Fight’ Di Mahkamah”

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Isteri Menangis, Fizi Ali Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Yang Pertama - “Ingat Lagi Dulu Awak Janji Akan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya - “Doakan Daddy Ameena Patuh Pada Amanah Dan Tak Lupa Tanggungjawab”

"Happy birthday untuk lelaki yang selama menjaga hati saya. Awak adalah lebih daripada seorang suami, awaklah ‘part in cirme’, penyokong terkuat saya dan sahabat baik saya.

"Melihat awak menjadi bapa kepada anak-anak gadis kita, melihat awak membuat mereka tertewa, berasa selamat dan rasa sangat disayangi. Awak membuat saya terus jatuh cinta.

"Awak adalah lelaki yang saya pernah impikan, awak seorang yang kuat, penyayang, setia, kelakar dan sabar tanpa mengeluh.

"Saya tidak dapat bayangkan hidup saya tanpa awak dan melalukan semua perkara tanpa awak disisi,” kongsinya.

Doa untuk suami

Menerusi perkongsian sama, Zulaikha turut mendoakan agar suaminya sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan lindungi oleh Allah.

"Pada hari istimewa ini, saya berdoa agar Allah memberkati awak dengan kesihatan, kegembiran dan kasih sayang yang tiada berkesudahan.

"Semoga Allah sentiasa melidungi awak, membimbing langkah awak. Happy birthday baby, I love you to the moon and back selamanya,” ujarnya.

#Hari Lahir #Fizi Ali #Siti Zulaikha #Isteri Fizi Ali