HIBURAN

Sweetnya! Risau Kekasih Haus Sewaktu Tarawih, Keith Foo Hantar Botol Air Untuk Riena Diana,- “Tadi Ada Orang…”

Umirah Halim 04/03/2025 | 08:55 MYT
Sejak dilamun cinta, gelagat pelakon Keith Foo dan aktres Riena Diana sering mendapat perhatian netizen.
Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun TikTok, tular sepotong video memaparkan Keith Foo yang sedang berjalan ke arah Riena untuk memberikan sebotol air.

Risau haus

Menurut Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, Keith Foo bertindak untuk melakukan perkara demikian kerana risau dirinya haus ketika menunaikan ibadah tarawih.

undefined “Tadi ada orang hantar botol air dekat saya sebab takut haus masa terawih,” tulis Riena menerusi video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji sifat Keith Foo yang dianggap sangat penyayang dan peka terhadap kekasihnya.
Malah, ada juga yang mendoakan agar percintaan bersama Keith berjaya ke jenjang pelamin.
“Masyallah so caring.
“Moga yang baik-baik je untuk awak berdua aaminn.
“Dua-dua sama cantik. Sama padan,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, Jun lalu Riena mendedahkan hubungan cinta mereka terjalin sejak sama-sama menjayakan sebuah penggambaran drama.
Sekadar info, Keith sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai empat tahun kemudian.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar yang kini berusia tujuh tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Elak Penyakit Ain, Riena Diana Kurangkan Perkongsian Bersama Keith Foo - “Saya Tahu Keadaan Mental…”

ARTIKEL BERKAITAN: Rujuk Riena Diana Hal Agama, Keith Foo Seronok Bersedekah & Dengar Ceramah Untuk Ilmu Baharu - “Saya Tanya Dia Apa Yang…”

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah IPhone Penuh Bermakna, Riena Diana Siap Letak Foto Bersama Keith Foo Sebagai ‘Wallpaper’ - “Dia Memang Selalu Cakap…”

#Riena Diana #Botol Air #foo #Keith #haus