Syada Rindu Shila, Jelas Status Hubungan Keluarga Terkini - "Kami Tak Bercakaran, Tapi…"
Khairil Khusyairi
21/08/2024 07:55 MYT
21/08/2024 07:55 MYT
Penyanyi Syada Amzah tampil memberi respons susulan dia memuat naik sebuah video penghargaan kepada kakaknya yang juga penyanyi, Shila Amzah sempena ulang tahun kelahiran Shila baru-baru ini.
Bercakap kepada Gempak, Syada menjelaskan video tersebut sedikit sebanyak mengubat rasa rindu antara mereka kerana hampir setahun tidak bertemu.
Bercakap kepada Gempak, Syada menjelaskan video tersebut sedikit sebanyak mengubat rasa rindu antara mereka kerana hampir setahun tidak bertemu.
“Kita semua rindu dia. Sudah tentulah adik beradik ada perasaan rindu sebab darah daging kan.
“Saya rasa video tersebut lebih kepada apresiasi saya kepada Shila dan tak ada maksud lain sama sekali. Banyak sebenarnya video dia dalam telefon saya. Saya suka buat video sebegitu setiap hari lahir mereka.
“Ada Shila respons, kami ada bermesej. Ia ibarat video itu hadiah berganda selain ucapan yang panjang di WhatsApp. Tiada masalah pun. Bila orang fikir ia dengan negatif. Saya okey saja,” ujarnya.
Syada ditemui pada majlis pelancaran album terbaharu penyanyi Amir Jahari di The Curve, Damansara, Petaling Jaya pada Rabu.
Tambah Syada, dia juga menjelaskan hubungannya bersama Shila baik-baik sahaja seperti hubungan adik-beradik normal.

“Nak kata bergaduh pun kita orang tak bercakaran. Jadi ia normal seperti ‘hari ini kami tak mahu bercakap’ tetapi esok pula dah bersayang-sayang.
“Nak kata dari awal bergaduh, tiada. Kami hubungan secara normal. Hate-love relationship. Jadi ia tiada apa yang terjadi.
“Kali terakhir jumpa Shila pada hari perkahwinan dia Ogos tahun lalu. Belum berkesempatan (jumpa anak buah) sebab masa tak mengizinkan, jelasnya.
Dalam pada itu, Syada enggan mengambil pusing mengenai dakwaan netizen yang mengatakan dia masih ditanggung Shila.
“Dakwaan tersebut hanya kata-kata (netizen) kerana apa yang dicakapkan tiada bukti untuk tunjuk pada saya. Ia hanya spekulasi orang luar.
“Saya tak boleh buat apa-apa. Ia di luar kawalan saya. Jujurnya saya tak masukkan dalam kepala pun. Ia bukan masalah saya. Orang sentiasa bercakap walaupun saya sedang tidur.
“Secara direct tiada (label ditanggung kakak). Hampir setahun juga isu itu. Orang disekeliling juga dah move on,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Syada memuat naik sebuah video yang memaparkan kompilasi momen dia bersama Shila sempena ulang tahun kelahiran kakaknya itu baru-baru ini.