Diinspirasikan daripada kisah benar, filem pendek U Mobile berjudul JASA menampilkan erti semangat pahlawan-pahlawan tanah air berjuang dan berkorban untuk mencapai kemerdekaan.

Filem pendek itu mengisahkan tentang pertemuan Adam dengan bapa saudaranya iaitu Pak Ngah mengungkap erti pengorbanan dalam membangunkan Malaysia dari dulu sehinggalah hari ini.

Biarpun hanya berdurasi selama hamper 5 minit, namun filem pendek dari U Mobile itu dapat membuatkan penonton lebih menghargai jasa pejuang-pejuang negara.

Kisah Pak Ngah dan rakan-rakan sepejuang iaitu Johnny dan Selvam yang sanggup bergadai nyawa demi negara menyentuh hati setiap penonton yang menonton.

Tak dapat bayangkan bagaimana mereka melalui zaman sebelum sebelum merdeka, terpaksa hadapi perang, makanan bercatu, diselami perasaan takut diculik askar Jepun.

Inspirasi kisah benar Pak Ngah ni juga benar-benar menyedarkan walaupun di zaman bila, tak kiralah tua atau muda, setiap daripada kita berperanan membentuk Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Saksikan filem pendek Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022 daripada U Mobile berjudul JASA menerusi Facebook U Mobile dan Youtube U Mobile.