Hiburan

Syamel, Aiman Tino Terima Anugerah Lagu Karaoke Popular 2016 Red Box

gempak
Kamaruddin Razal
27/04/2017
15:23 MYT
Sponsor Banner
Syamel, Aiman Tino Terima Anugerah Lagu Karaoke Popular 2016 Red Box
Lagu nyanyian Syamel, Hidup Dalam Mati dan lagu nyanyian Aiman Tino, Ku Rela Dibenci merupakan antara lagu yang menerima Anugerah Lagu Karaoke Popular 2016 anjuran Red Box.
Penghargaan tersebut diberikan menerusi sebuah acara yang berlangsung di cawangan Red Box PLUS Pavilion pada Rabu.
Selain Hidup Dalam Mati dan Ku Rela Dibenci, lapan lagu Melayu lain yang tersenarai adalah Potret nyanyian Akim & Majistret, Sudah Ku Tahu (Projector Band), Perawan Atau Janda (Cita Citata), Hey Kau (Sandra), Hancur Aku (Estranged dan Fazura), Setia (Faizal Tahir dan Elizabeth Tan), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Takkan Pergi (Hyper Act).
Selain itu, 10 lagu berbahasa Inggeris popular yang tersenarai sebagai penerima Anugerah Lagu Karaoke Popular 2016 adalah Stiches nyanyian Shawn Mendes, Hymn For The Weekend (Coldplay menampilkan Beyonce), Secret Love Song (Little Mix menampilkan Jason Derulo), One Call Away (Charlie Puth), Locked Away (R. City menampilkan Adam Lavine), Love Yourself (Justin Bieber), Fight Song (Rachel Platten), Faded (Alan Walker), Hotline Bling (Drake) dan 7 Years (Lukas Graham).
“Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada lagu-lagu yang mengungguli carta karaoke Red Box sepanjang 2016. Kami tumpang berbangga di atas kejayaan lagu-lagu tersebut memenangi hati peminat yang berkunjung ke cawangan karaoke Red Box, Green Box dan Red Box PLUS sejak awal Januari hingga akhir Disember 2016.
“Besar harapan kami agar pengiktirafan ini diterima baik oleh penggiat seni hiburan tanahair, sekaligus menyuntik semangat baru untuk mereka terus menghasilkan karya yang bukan sahaja berkualiti, malah karaoke friendly,” kata Michael Yong selaku Ketua Pegawai Operasi Grand Surf Sdn Bhd, Red Box.
Selain Syamel dan Aiman Tino, antara artis yang hadir menerima dan memeriahkan malam anugerah tersebut ialah Faizal Tahir, Projector Band dan Sandra.
Majlis turut menyaksikan pelancaran poskad “Raikan Raya – Hantar Kad Ucapan Untuk Yang Tersayang Sambil Menderma”, sebuah projek amal dalam membantu mengumpul dana untuk tabung kebajikan #iAMFaithmen Movement. Fokus kali ini adalah institusi warga emas di seluruh Malaysia.
Perasmian dibuat oleh Michael Yong bersama Pengasas #iAMFAITHMEN, Faizal Tahir, dan penaja utama kempen tersebut yang diwakili Pengasas Awang Brand, Sheikh Ahmad Shukor.
Melalui jualan poskad (berserta setem) pada harga RM5 di semua cawangan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS karaoke, setiap RM3 akan didermakan kepada dana terbabit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live