Syamimia Beri Rating Komen-Komen Toksik Netizen! - "Cukup Pedas, Cukup Menyakitkan Hati"
Asyikin Mayudin
19/06/2024 00:55 MYT
19/06/2024 00:55 MYT
Kerap menerima kecaman dan kritikan, personaliti media sosial Syamimia tampil dengan satu video di TikTok memberi ulasan mengenai komen negatif netizen terhadap dirinya.
Beri Rating Komen Netizen
Menerusi perkongsian itu, Syamimia memberi ‘rating’ kepada komen netizen yang antaranya mengkritik cara dia menjawab soalan ketika menjadi tetamu di podcast bersama personaliti media sosial, Hazeman Huzir.
“Hari ini kita nak main rating komen haters. Jangan ambil serius, kita nak santai saja di sini. Bermula dengan komen pertama dekat video podcast dengan Haze hari itu.
“Suka hati saja dia mengata. Macam kenal lama tu. Untuk komen yang ini saya bagi 7 per 10. Dia tak faham style podcast yang santai, bahasa tak berlapik, soalan sentap, panas.
ARTIKEL BERKAITAN: Syamimia Unboxing Peti Sejuk Mahal, Ini Respons Wargamaya: “Dah Beli Yang Ori Pun Netizen Melalak”
ARTIKEL BERKAITAN: Syamimia Dah Agak Nama Dipetik Dalam Senarai Blockout 2024 - “Awas!”
“Haze cakap dekat saya, get ready eh kita tanya soalan tak berlapik, jangan sentap. Kita pun dah ready, dah steady dekat situ. Tengok-tengok netizen yang sentap,” katanya.
Ulas Komen Netizen Toksik
Selain itu, Syamimia turut mengulas mengenai komen netizen di video dia ‘unboxing’ peti ais jenama SMEG yang dianggap toksik.
“Seorang ini dia datang dekat video peti ais saya. Dia komen yang toksik, dia macam bukanlah nak kena buruk-buruk perkataan tu baru nampak toksik itu.
“Bukannya kena maki-maki, kena hina baru nampak toksik. Jadi, dia sindir, perli, membahan macam itu. Dia cakap tak boleh condem apa-apa fasal budak Syamimia, penjilat dia ramai, nanti kita kecam sekali.
“Cukup pedas, cukup menyakitkan hati. 7 per 10 juga saya bagi. 3 markah kurang sebab dia kata saya ada penjilat. Sekarang ini yang tak follow saya pun dah boleh fikir dengan waras cyberbully itu apa.
“Diorang pun geram dengan benda-benda yang remeh macam ini. Kita tak nak buka aib dia, kita buka yang dia sendiri buka aib dia. Dia dah block kita, jadi kita tutup dan decide untuk sembunyikan perangai buruk dia,” katanya.
Komen Menyindir
Dalam pada itu, Syamimia turut berkongsi paparan skrin komen daripada individu-individu yang dikenalinya dengan menyindirnya.
“Yang ni komen saya bagi 9 per 10. Anna Farhana dan Ziana Khirana ini saya ingat dan kenal, dia ada komen di video peti ais. Komen yang toksik yang macam sindir, perli, macam terpaling bagus la.
“Kau buat salah, kau tolak orang itu lepas itu kau salahkan dia,” katanya.