Bersimpati dengan nasib Syamimia, tambah Iqbal, dia bimbang tindakan wanita terbabit akan menjerat diri sedangkan dirinya punyai banyak potensi lain.
"Saya kasihan pada Syamimia, saya takut nanti awak jadi tertekan. Awak sangat kreatif, ada banyak bakat dan nilai komersial tersendiri.
"Kualiti, bakat dan followers di media sahaja tidak cukup. Komunikasi dan permainan dengan netizen perlu ada skil lain. Saya menulis ni sebba mahu lihat awak terus maju dan diterima banyak tempat," katanya.
Justeru, Iqbal memohon agar menggunakan kebijaksanaan untuk situasi dan keadaan yang tepat.
"Kesimpulannya, apabila kita bermain di media sosial tidak semua kepandaian dan kebijakan kita boleh disalurkan di sana. Kadang-kadang ia perlu disimpan dan diguna di tempat lain.
"Ada waktu tak mengapa orang anggap kita kurang pandai, asalkan kita menang pada target kita. Terutamanya pempengaruh dan artis yang akan bekerjasama dengan banyak pihak. Jangan pandang rendang pada kuasa netizen.
"Seperti saya, saya sudah sedar sesetengah jenama komersial tidak mahu individu yang kontroversi. Namun, banyak lagi jenama dan syarikat sanggup melaburkan ratusan ribu ringgit untuk kerjasama dengan saya.
"Apapun, sikap dan adab paling penting supaya stesen TV masih boleh terima kira. Zaman sekarang tak mudah," tambahnya.
Nasihat Iqbal kepada netizen juga agar tidak sewenang-wenangnya bertindak melulu menulis komen yang boleh menggores hati orang lain.
"Sebagai netizen jangan pula kita menjadi punca depresi artis dan pempengaruh. Kita tidak tahu trauma, kesedihan yang dipendam lama. Artis juga manusia.
"Menghadapi ribuan kata-kata orang itu tidak mudah. Jangan sembarangan berkata tidak baik walaupun guna akaun palsu. Ingat karma itu ada!" tegasnya.
Viral
"Jangan Berlawan Dengan Netizen, Kita Takkan Menang" - Iqbal Zulkefli Kasihankan Syamimia, Takut Tertekan
