Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Syamsul Yusof, Ira Kazar Hadir Ke Mahkamah Bagi Kes Pengesahan Lafaz Cerai Taklik

Khairil Khusyairi
05/09/2024 01:36 MYT
Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor bagi kes perbicaraan pengesahan lafaz cerai taklik pada Khamis.

Syamsul hadir pada jam 9:05 minit pagi berpakaian sut hitam kelihatan tenang dan mengatakan dia akan memberi respons selepas perbicaraan selesai.

Dalam pada itu, pengarah filem popular Munafik ini turut merindui rakan-rakan media.

“Saya baik, Alhamdulillah. Komen saya kita tunggu selepas ini. Rindu kalian,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Ira Kazar, 29, yang hadir lima minit kemudian tidak memberikan apa-apa komen dan hanya tersenyum manis.

Pada 19 Ogos, peguam Syamsul iaitu Azmi Rais mengesahkan Syamsul Yusof telah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar atas sebab mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya pada Januari tahun lalu.

Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka itu berakhir dengan penceraian apabila pengarah itu melafazkan talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.

BERITA TRENDING: Keji! Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mengaku Terbabit 307 Kes Rogol, Mangsa Bawah 12 Tahun

BERITA TRENDING: Puteri Sarah Doakan Terbaik, Selesa Berkawan Dengan Syamsul Demi Anak

BERITA TRENDING: Datuk Yusof Haslam Enggan Komen Isu Cerai Syamsul-Ira

BERITA TRENDING: Peguam Maklumkan Syamsul Yusof Sedia Lepaskan Ira Kazar

#cerai #Syamsul Yusof #Mahkamah #Kazar #Ira #Taklik