Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Syarikat Milik Suami Heliza Disahkan Tiada Lesen Aktiviti Pelaburan

Gempak
03/03/2024 09:27 MYT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan siasatan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berhubung kedudukan syarikat pelaburan milik usahawan, Mahadi Badrul Zaman, 40, yang disahkan tidak mempunyai lesen.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya selari dengan suruhanjaya terbabit bahawa syarikat berkenaan tiada lesen untuk menjalankan aktivitinya.

"Berdasarkan kenyataan dikeluarkan SC, syarikat itu beroperasi tanpa lesen dan kita berpegang kepada perkara sama. Sudah tentu SC lebih mengetahui kerana di bawah bidang mereka.

"Di pihak PDRM, belum ada laporan diterima mengenainya, tapi kita bersama-sama SC menentukan bahawa ianya setakat ini tidak berlesen untuk menjalankan kegiatan sedemikian (pelaburan)," katanya seperti di lapor BH Online.

BERITA TRENDING: Nama Tersenarai Dalam 'Investor Alert List', Ini Penjelasan Suami Heliza Helmi...

Media sebelum ini melaporkan, syarikat milik Mahadi tidak mempunyai lesen atau berdaftar dengan SC untuk menjalankan sebarang aktiviti terkawal.

SC dalam kenyataannya, memaklumkan, syarikat AUF MBZ Consortium PLT didapati menjalankan urusan perniagaan dalam aktiviti terkawal dengan mempromosi saham syarikat awam tidak tersenarai (unlisted public company atau UPC) tanpa memegang lesen daripada SC.

BERITA TRENDING: Suami Heliza Helmi Sedia Beri Kerjasama, Akui Konsisten Patuh Piawaian Badan Kawal Selia! - "Saya Akan Usaha Selesaikan Isu Ini"

Susulan itu nama dan syarikat berkenaan dimasukkan dalam senarai peringatan pelabur untuk mengenal pasti sama ada individu dan entiti berlesen atau berdaftar untuk menawarkan, mempromosikan, atau menjual produk dan perkhidmatan pasaran modal di Malaysia

Mengulas lanjut, Ramli berkata, pihaknya mengesan segelintir syarikat pelaburan melakukan penipuan dengan menjanjikan pulangan tinggi sebelum menghentikan operasi menyebabkan pelabur menanggung kerugian.

"Ada syarikat yang hanya ditubuhkan untuk menerima pelaburan dan berhenti setengah jalan. Mereka akan kata minta maaflah kami sedang disiasat oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dan PDRM, selain kononnya baru dikenakan tindakan bankrap.

"Jadi habis yang melabur puluhan ribu, ratus ribu, jutaan ringgit dan sebagainya. Ia boleh dinoktahkan begitu saja. Sebab itu kita perlu ada jaminan dan pengetahuan mengenai pelaburan," katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya melakukan semakan terlebih dahulu mengenai syarikat pelaburan berkenaan sebelum membuat sesuatu pelaburan.

BH ONLINE

#Heliza Helmi #Polis #PDRM #Bukit Aman #Mahadi Badrul Zaman #Mahadi #Suami Heliza