Pelakon dan usahawan kosmetik Syatilla Melvin berkongsi rasa gembira apabila suaminya aktor Shaheizy Sam selesai menjalani proses kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel.

Menerusi laman sosial Instagram, Syatilla atau lebih mesra disapa sebagai Tilla memuat naik sekeping foto terkini bersama suaminya untuk tatapan umum.

“Yeay my suami is back. Harini mai tengok progress studio kami. Studio nak siap dah weh yeay,” tulis Tilla sebagai kapsyen.

Yeayyyy my somi is back!!!!??? . Harini mai tgok progress studio kami..Studio nak siap dah wei!!!yeay yeay!!? @pengaseh.hq #bukanafdlinshauki

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on


Terdahulu, Tilla pernah berkongsi sebuah video yang menunjukkan aksi melambai-lambai tangan pada Sam yang menginap di sebuah hotel berdekatan dengan pejabatnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terkejut melihat penampilan dan perubahan fizikal Sam yang menyerupai pengarah Datuk Afdlin Shauki.

“Ingatkan abang Afdlin Shauki tadi, terkejut,” komen seorang wargamaya.

“Baru nak marah, pasal apa Tilla peluk Afdlin Shauki. Tengok lagi sekali, Sam rupanya,” kata seorang wargamaya.

“Nasib baik peluk tangan masih sampai,” usik seorang wargamaya.

“Kembang dengan jayanya,” ujar seorang wargamaya.

“Cerita apa Sam bawa kali ni. Dia ubah badan sampai mata naik sepet. Good effort,” komen seorang wargamaya lagi.

Hujung September lalu, Sam menjalani proses kuarantin selepas pulang dari Sabah bagi memberikan sokongan kepada abang iparnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.