Juara Penyanyi Top ERA Syazwan Syahmi mendedahkan pernah ditipu individu yang dianggap sebagai teman baik.
Disebabkan itu menurut Syazwan, dia berasa kecewa kerana telah mengecewakan kedua orang tuanya.
“Saya ada seorang kawan bekerja dalam produksi muzik. Dia datang kepada saya dan ajak masuk industri. Sebagai seorang yang tidak tahu lagi tentang selok belok dunia ini, saya teruja dan bersetuju.
“Saya ikut ke mana sahaja dia pergi walaupun saya tidak mempunyai wang. Dia janji nak terbitkan satu ‘single’ untuk saya.
“Keluarga saya pula dah bergantung harap kepada saya ketika itu, begitu juga saya. Tetapi sebaliknya berlaku apabila dia tidak pernah berbincang mengenai mengenai ‘single’ atau kerjaya yang dia tawarkan kepada saya dengan mana-mana syarikat rakaman.
“Dan sekarang saya pun tidak tahu dia di mana,” katanya.
Bagaimanapun kata Syazwan, walaupun tidak mungkin akan melupakan kejadian tersebut, tetapi dia perlu terus mengejar impiannya sebagai penyanyi.
“Sejujurnnya saya pernah rasa sedikit down apabila melihat rakan-rakan BBNU yang lain berjaya. Kalau boleh saya juga mahu berada di pentas yang sama dengan mereka.
“Tetapi mungkin belum rezeki saya. Saya bergantung kepada rezeki, oleh itu untuk menggapainya saya percaya saya perlu usaha.
“Jadi bila saya melihat mereka, ia menjadi pembakar semangat buat saya. Saya akan terus menggali ilmu kerana saya masih lagi belajar,” katanya.
Dalam pertandingan anjuran radio ERA yang berlangsung baru-baru ini, Syazwan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan kontrak bersama muzik label Rocketfuel Entertainment.
Fiza Kamarudin
Mon Feb 28 2022


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!