HIBURAN

Syida Melvin Dedah Wajah Anak Ketiga Selepas Sebulan - “Masa Mula-Mula Keluar, Rambut Isa Lebat Sangat…”

Mya Amri 26/02/2025 | 02:48 MYT
Pelakon, Syida Melvin memilih untuk mendedahkan wajah anak ketiganya selepas sebulan bersalin.

Dedah wajah lepas sebulan, pilih nama Serhan Isa
Memilih nama Serhan Isa, Syida berkongsi wajah puteranya itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, dia juga mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya serta Isa.
“Assalamualaikum semua, saya @serhan_isa. Alhamdulillah terima kasih semua yang wish dan doa untuk saya dan my Bubu.

“Umur Isa dah nak dekat sebulan, sorry tau lambat sikit bubu nak reveal muka saya. Masa mula-mula keluar perut ibu, rambut Isa lebat sangat tau.

“Tapi semalam saya dah kena botak. Uncle aunty tengok muka Isa macam kakak Pia ke kakak Jedda? Isa rasa macam tak sama pun ek. Aunty Uncle doakan @serhan_isa jadi anak yang soleh, taat dan sihat ya,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Syifa Melvin Yang Umum Gender Reveal, Syatilla & Syida Pula Teruja Melompat Sampai Terjatuh! - "Wei Boleh Patah Pinggang!"

ARTIKEL BERKAITAN:"Tak Mungkinlah Kami Bergaduh" - Syida Melvin Cabar Diri Gerak Solo Tanpa Adik-Beradik

ARTIKEL BERKAITAN:"Aku Pernah Gagal Semua Subjek Wey!" - Syida Melvin Akui Pemalas Ketika Zaman Sekolah, Guru Beri Kerja Selalu Tak Siap

ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Kedai Barber Tutup, Syida Melvin Potongkan Rambut Suami, Tapi Inilah Yang Terjadi...

ARTIKEL BERKAITAN:"Siap Bersembang Dengan Doktor Sambil Teran Baby Keluar" - Syida Melvin Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Sulung

Dalam pada itu, Syida yang juga merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini turut membuka akaun Instagram untuk anak ketiganya.
Sehingga artikel ini ditulis, akaun tersebut sudah mempunyai 1,000 pengikut.
Untuk info, Syida Melvin mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Syafiq Azim Shaheen pada Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Safa Safeera dan Sara Sajeeda.
#Bersalin #Serhan Isa #Syyida Melvin #Dedah Wajah