gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
‘Influencer’ Keyna Azami Menangis Kongsi Detik Cemas Dalam Pesawat Hampir Tergelincir Di Indonesia - “Saya Fikir Akan Mati…”
HIBURAN
Kongsi Video Sertai Hyrox, Netizen Tegur Pemakaian Dr Say & Isteri - “Sangat Sedih Dua-Dua Aurat Kelaut…”
VIRAL
“Dalam Hati Mesti Cakap…” - Peminat Tergamam Jumpa Zizan Razak, Siap Dapat Belanja Makanan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Syifa Melvin, Safawi Rashid Selamat Bernikah! Cincin Berlian Sebagai Mas Kahwin

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
28/11/2022
13:25 MYT
Sponsor Banner
Syifa Melvin, Safawi Rashid Selamat Bernikah! Cincin Berlian Sebagai Mas Kahwin
Pempengaruh dan pelakon, Syifa Melvin sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rashid dengan sekali lafaz tepat jam 8.46 malam tadi.
Pasangan yang sedondon mengenakan busana berona krim itu dinikahkan juru nikah, Ustaz Khairil Nizam serta disaksikan oleh bapa Syifa, 28, sendiri iaitu Amirol Melvin
Syifa yang mengalirkan air mata sebaik sahaja diijabkabulkan menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian daripada bintang bola sepak muda itu.
Sementara jumlah wang hantaran serta dulang hantaran kepada Syifa yang juga adik kepada pelakon Syatila Melvin tidak didedahkan.
Majlis mula menerima tetamu seawal jam 7 petang dan disambut ahli keluarga Syifa teruama adik beradiknya seperti Syatila bersama suaminya Shaheizy Sam, Syafiqa dan Syida serta ibu mereka.
Pihak media termasuk Astro Gempak dibenarkan masuk oleh pengurus lantai dari syarikat pengurus acara Merindu Savior Events untuk membuat liputan secara dasar majlis pernikahan itu.
Majlis akad nikah yang manis berkonsepkan dalam taman itu dihadiri kira-kira lebih 300 tetamu yang memakai busana serba putih mengikut tema majlis.
Tetamu terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak serta sahabat handai serta rakan artis Uyaina Arshad bersama suami Raja Shahiran, Lia Natalia, Rina Diana, Nabila Razali dan ramai lagi.
Terdahulu pasangan ini mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai hubungan percintaan serta majlis perkahwinan mereka daripasa umum.
Namun bayangan perkahwinan pasangan itu diperkuatkan lagi dengan penularan kad undangan perkahwinan bertarikh 3 Disember 2022 dikatakan milik Syifa dan Safawi.
Topic Berkaitan
#Syifa Melvin
#Safawi Rashid
#Bernikah
#Selamat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement