Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar terpaksa dikejarkan ke hospital ketika sedang bercuti di Bali kerana masalah bisul pada kakinya.

Jelas Atta, bisul tersebut menjadi lagi parah dan membengkak hingga akhirnya dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Bisul membesar sampai sakit, akhirnya berada di hospital," tulis kekasih Aurel Hermansyah itu.



Bagaimanapun, Atta masih meneruskan acara bercuti bersama kekasih dan kawan-kawannya selepas keadaan bisul di kakinya itu dirawat.

Percutian itu sekali gus menepis dakwaan bahawa dia dan Aurel telah putus.