Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rafiena Ezanee Ramli berkongsi kejayaan untuk dijadikan motivasi mereka di luar sana.

Berkongsi perkembangan terkini pembinaan rumah banglo baru tiga tingkat miliknya, Rafiena memuat naik beberapa keping foto di laman Instagram.





Dalam entri tersebut, Rafiena mengingatkan pengikutnya laman Instagram miliknya agar membuang penyakit hasad dengki agar dapat mencapai kejayaan.



Dalam perkembangan lain, syarikat produksi milik Rafiena, Darkwave Pictures sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Syurgaku Tak Sempurna 2 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.