Penyanyi Lan Solo enggan memberikan komen lanjut mengenai hal-hal berkaitan isu saman yang melibatkan dirinya bersama rakan artis Siti Nordiana.
Sungguhpun Syura Badron yang berdepan saman serupa mengeluarkan kenyataan telah memaafkan Siti Nordiana, namun, Lan mengambil langkah untuk mengunci mulut dan enggan mengulas panjang lebar.
“Saya kalau bab-bab berkaitan mahkamah ni, saya tak berani nak komen lebih. Insya-Allah setakat ini, maaf, minta maaf dan memaafkan itu, saya dah praktikkan selalu, dengan family dan dengan orang terdekat.
“Jadi, saya sentiasa memohon maaf setiap hari dengan dengan seluruh ahli keluarga dan juga sentiasa memaafkan orang sekeliling. Saya rasa tak timbul isu memohon maaf dan memaafkan.
“Kita dah serah semuanya kepada lawyer, saya rasa pengadilan yang baik, yang lebih sesuai adalah di mahkamahlah. Saya bukan sesiapa untuk menilaikan, memaklumkan sesuatu yang disoalkan ini,” katanya ketika ditemui pada Hari Usahawan Negara di World Trade Centre Kuala Lumpur, semalam.
Baru-baru ini, media tempatan melaporkan yang penyanyi Syura Badron, telah memaafkan segala sengketa yang berlaku antara dirinya dan penyanyi Siti Nordiana.
Syura mendedahkan, sungguhpun dia telah memaafkan penyanyi itu, namun, dia tetap tidak boleh melupakan setiap perkara yang telah terjadi sebelum ini.
Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan itu bermula apabila penyanyi itu memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos lalu.
Dalam saman terbabit, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.
Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.
Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.
Kes saman fitnah membabitkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini bakal didengar di Mahkamah Tinggi.
Izwan Isa
Sun Mar 27 2022


"Nama Dia Disebut Kerana..."- Ini Jawapan Syamsul Yusof Tentang Ira Kazar, Akui Masih Sayangkan Puteri Sarah
Nilai sendiri jawapan Syamsul tentang Ira Kazar....
.jpg?ext=.jpg)
“Berat Badan Saya Berbeza Dalam Satu Babak”- Sherry Alhadad Dedah Turun 16kg Masa Shooting The Maid 2
Wah Sherry beza 16kg dalam The Maid 2

Suspek Kelar Isteri & Anak Usia 44 Hari Dipercayai Alami Tekanan & Desakan Hidup
Apa nak jadi...

Jadi Penjual Sayur Di Pasar Siti Khadijah, Fazura Teruja Sambut Aidiladha Di Kelantan - “Mesti Pandai Dah Kecek Kelate”
Raya Haji di Kelantan memang meriah.

Penyanyi Lagu Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia
Salam takziah.

“Kalau Tengah Miang, Pi La Cari Bini..” - Caprice Selar Tindakan Lelaki Peluk Wanita Air Buah Tular, Ucap Salam Takziah
Air buah mana-mana pun ada.

Ada Adegan Terbang Macam Mak Lampir & Kelibat Shuk Sahar! Netizen Lega Versi Asal Mat Kilau Tak Diteruskan
Netizen viralkan video behind the scene Mat Kilau versi asal
![[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar [VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/kzrsulfe.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar
Netizen kecewa?

Video Lama Viral Kembali, ‘Kakak Kedai Makan’ Di Terengganu Pernah Ramas Kemaluan Pelanggan?
Dahsyat!

Dr Malar Tolak Pelaksanaan Cadangan Kerja 4 Hari Seminggu, Sebaliknya…
Dr Malar mencadangkan cara lain