Susulan dakwaan melemparkan fitnah kepada Siti Nordiana, penyanyi Syura, Lan Solo, Nur Sheila Hassim (isteri Lan), jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin menyerahkan tindakan susulan kepada peguam mereka.
Menerusi sebuah kenyataan media, kelima-lima akui telah mengambil maklum tentang notis tuntutan yang dibuat Siti Nordiana melalui peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.
“Kami ambil maklum tentang tindakan notis tuntutan yang telah diambil oleh pihak Siti Nordiana terhadap kami berlima.
“Kami juga telah menyerahkan perkara ini kepada peguam kami untuk tindakan selanjutnya. Apa-apa tindakan atau respon yang bakal menyusul akan kami maklumkan berdasarkan nasihat daripada peguam kami,” kata mereka.
Siti Nordiana pada 23 Julai lalu telah memberi tempoh selama 48 jam kepada lima individu terbabit untuk membuat permohonan maaf berhubung isu tuduhan fitnah yang dilemparkan kepadanya menerusi satu sesi siaran langsung dalam Instagram.
Pelantun lagu Cukup Derita Itu turut menegaskan tidak teragak-agak untuk memfailkan tuntutan saman jika kelima-lima individu tersebut gagal berbuat demikian.
Nana melalui peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin juga membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Laporan polis berkenaan dibuat bagi membersihkan namanya daripada tuduhan berunsur fitnah yang boleh menjejaskan nama dan reputasinya sebagai artis.
Terdahulu, nama Nana telah disebut-sebut dalam satu sesi siaran langsung dalam Instagram yang disertai oleh penyanyi, Lan Solo bersama isterinya, Shiela, Syura, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.
Dalam sesi siaran langsung tersebut, Shiela meluahkan rasa tidak puas hati dan terkilan apabila suaminya, Lan Solo dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana.
Sheila memaklumkan dia dan suami tidak lagi mengikuti Siti Nordiana di Instagram kerana terkejut apabila mendapat tahu (daripada pihak lain) penyanyi tersebut mendakwa Lan mahu menumpang populariti dan tidak membayar duit makanan sekiranya mereka keluar bersama.
Selain itu kelima-lima mereka turut meluahkan perasaan yang terpendam selama ini terhadap Nana selain Syura yang kecewa apabila sesetengah pihak produksi enggan menawarkan pekerjaan didakwa berpunca daripada Nana.
Sesi siaran langsung tersebut ditonton hampir 500 orang pengguna laman sosial tersebut.
Fiza Kamarudin
Mon Jul 26 2021


MLS3: Selit Tersingkir, Juri Kata Mahu Lawak Ketawa Besar Bukan Hanya Sekadar Senyum Kambing
Usaha Selit memang patut dipuji, tak pernah putus asa.
_3.png?ext=.png)
Sarat Dengan Aksi & Lebih Mendebarkan, Ini 10 Sebab Anda Perlu Menonton House of The Dragon
Jom saksikan House of Dragon

Mangsa Dakwa Lakukan S*ks Dengan R. Kelly Ratusan Kali Seawal Usia 15 Tahun
Penyanyi R. Kelly kini menjalani kes mahkamah buat kali kedua atas tuduhan melakukan pornografi kanak kanak dan beberapa kes lain berkaitan seksual.

Isteri Selamat Dibedah, Ramai Doakan Achey – “Semoga Dipermudahkan Semuanya”
Semoga dipermudahkan semuanya.

Sooka Original Series Ini Buat Rindu Zaman Sekolah, Ini Perangai Karakter Drama Kau Vs Aku
Drama Original siri sooka berjudul Kau Vs Aku merupakan adaptasi webnovel Wattpad karya Nurul Husnina Mockthar.

“Berhijab Tak Semestinya Tak Boleh Berfesyen” - Cantiknya Penampilan Ummi Nazeera & Abang Di KLFW!
Adik-beradik fesyen!

Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Rugi Lima Tiket Bernilai RM2,540 - “Memang Allah Tak Izin..”
Takde rezeki.

'Alat Muzik Lama' Didakwa Punca 25 Pelajar Sekolah Diserang Histeria
Semoga dipermudahkan.

Duit & Kerja Tak Ada, Amber Heard Ditawar Berlakon Filem Porno?
Nama Amber Heard dan Johnny Depp memang mendominasi ‘carta’ pemberitaan dari serata dunia sepanjang tahun ini.

Gara Gara Suntik Silikon Di Salon, Pelawak Ini Dipanggil Nenek Sihir
Pelakon dan pelawak veteran Indonesia, Mpok Atiek memang tidak pernah menyembunyikan fakta dirinya melakukan suntikan silikon pada wajah untuk kelihatan cantik.