Pelakon cantik Ika Nabella telah selamat melahirkan cahaya mata sulung semalam di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Bayi lelaki seberat 3.25 kilogram itu dilahirkan secara normal.

"Alhamdulillah syukur Ya Allah. My little warrior. My biological son.

"23rd October 2019, Gleneagles Kuala Lumpur. 3.25kg, gentle normal delivery," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Selain peminat, rakan-rakan artis seperti Shakilla Khoriri, Mia Ahmad, Elvina Mohamad, Sherry Ibrahim, Kaka Azraff dan Fatin Afeefa turut mengucapkan tahniah kepada Ika atas kehadiran permata baru dalam hidupnya di ruangan komen entri terbabit.

Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.

Alhamdulillah syukur Ya Allah My Little Warrior ? My Biological Son ? 23rd October 2019 | Gleneagles KL 3.25kg | Gentle Normal Delivery

A post shared by I K A N A B E L L A (@ikanabella) on