Berita
“Tak Ada Declare ‘Kita Couple Jom”, Sedar Sendiri Je…”-Haziq Hussni Imbau Perkenalan Dengan Isteri
Pengacara Haziq Hussni menyambut ulang tahun perkenalan yang ke-8 bersama isterinya, Ayunda Putri pada 12 Januari lalu.
Mengimbau kembali kenangannya ketika mula berjumpa dengan bersama Putri, Haziq memberitahu cinta berputik secara semula jadi dan tanpa diduga.
“Mula kenal pada 12 Januari 2012 dan kami hanya panggil dan menggelarkan diri sebagai saya dan awak sahaja.
“Bila sudah mula rasa macam suka dan sayang. Auto rasa ya. Tak ada ‘declare’ cakapa ‘kita couple jom’, sedar sendiri sahaja.
“Masa tu mula panggil dengan gelaran geli sedikit iaitu ‘hubby’ dan ‘baby’ tapi masa tu dah matang sedikit panggil Habi dan Ibi.
“Jadinya, hari ini genap lapan tahun kami kenal. Bukan anniversary kahwin tau. Ni kira friendiversary la. Love you sayang,” tulisnya.
Haziq berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia mengimbas foyo mereka berdua ketika mula perkenalan.
Haziq mendirikan rumah tangga pada Julai 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Must-Watch Video