Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Ada Job, Isteri Terkejut Randy Pangalila Dikejar Pemungut Hutang

Maliah Surip
18/05/2024 05:52 MYT
Pelakon Randy Pangalila mendedahkan kehidupan dunia glamor tidak membuat dirinya sentiasa dilimpahi wang ringgit atau kemewahan.

Menerusi satu temubual bersama Solusi TV, pelakon yang pernah membintangi drama Malaysia, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang mengaku dikejar pemungut hutang kerana gagal melunaskan pinjaman.

Gagal bayar pinjaman

Insiden tersebut terjadi pada tahun 2019 sewaktu dirinya tidak mempunyai pekerjaan atau tawaran berlakon.

“Saya pernah dikejar pemungut hutang waktu itu di tahun 2019. Saya dikejar pemungut hutang kerana gagal bayar pinjaman rumah.

“Mereka (pemungut hutang) datang ke rumah dan marah-marah. Isteri sangat terkejut kerana waktu itu saya sedang jalani penggambaran.

“Tapi sebelumnya tidak bayar pinjaman rumah kerana tiada job,” dedah Randy seperti dilaporkan InsertLive.

BERITA TRENDING: Randy Pangalila Rindu Mahu Kembali Berlakon Di Malaysia

Randy, 33, malah mengatakan hidup sebagai seorang pelakon, penyanyi atau selebriti mungkin nampak popular tetapi hakikatnya ia hanya satu ‘panggilan’.

“Selepas dikejar pemungut hutang saya selesaikan dengan cara bertemu orang bank.

“Saya beritahu mereka artis atau selebriti itu hanya nama. Jika tidak ada projek maka tidak ada gaji.

“Jadi waktu itu saya terus-terang beritahu tidak ada pekerjaan dan tidak ada duit untuk membayar rumah.


“Jika sehingga rumah saya perlu ditarik bank, saya pasrah. Bukan rezeki saya,” ceritanya lagi.

Namun permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

BERITA TRENDING: "Saya Bukan Pemakan Daging Anjing!" - Randy Pangalila

#pelakon #Indonesia #Hutang #Job #Tawaran #Kejar #Randi Pangalila
;