Pelakon, Nadhir Nasar berkongsi kenangan sewaktu bergelar pelajar universiti suatu ketika dahulu.

Menurut Nadhir, segala tidak mudah dan terpaksa melalui berdepan dengan dugaan dari segi peralatan pembelajaran.

“Ini cerita benar, bukan tipu. Dulu aku seorang siswa yang tidak mempunyai laptop di atas sebab sebab tertentu, aku berjaya habiskan diploma aku, aku berjaya habiskan degree aku.

Bagaimanapun selepas melalui kepayahan itu, Nadhir tetap bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajiannya.

“Alhamdulillah. Struggle dia memang kau sorang je faham. Assignments pergi lab dan pinjam laptop member,” coretnya menerusi ciapan di Twitter.

Dalam pada itu, Nadhir juga turut memberikan kata-kata semangat buat pelajar yang mengharungi detik sukar dalam pembelajaran.

“Stay strong brother! Aku percaya ada masa depan yang cerah menunggu kau di luar sana,” tulisnya.

Nadhir merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dalam perkembangan terbaharu, Nadhir aka muncul dalam drama berjudul Nusyuz Seorang Isteri bermula 1 April ini.

Kredit foto: Twitter @NadhirNasar