Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tak Berani Buat Pembedahan Plastik, Yuni Shara Tegangkan Kulit Leher

Maliah Surip
08/09/2024 13:45 MYT
Melihat kepada wajah awet mudanya meski sudah berusia 52 tahun, ramai yang menyangka penyanyi Yuni Shara melakukan pembedahan plastik.

BERITA TRENDING: 14 Tahun Janda, Yuni Shara ‘Boleh Kenal’ Lelaki Hanya Dengan Berbual 5 Minit

Namun tuan punya badan mengaku belum pernah melakukan pembedahan plastik seperti yang banyak dijalani oleh rakan-rakan seusianya.

Menurut kakak kepada Kris Dayanti ini, selain takut dengan jarum suntikan dia juga bimbang salah melakukan pembedahan plastik seperti yang diinginkan.

“Saya rasa melakukan pembedahan plastik adalah pilihan peribadi masing-masing.

“Tapi untuk saya, belum lagi ya. Lagi pula sudah usia begini (52) saya bimbang salah buat. Saya juga takut jarum suntikan,” akui Yuni Shara seperti dilaporkan Kompas.com.

Bagaimanapun ibu tunggal ini mengaku pernah melakukan kaedah botoks dan menegangkan kulit leher sebagai usaha mengekalkan kecantikannya.

“Ada lakukan botoks pada rahang, tegangkan kulit leher. Tapi untuk rutin ke klinik melakukan rawatan kecantikan dengan suntik-suntik, tidak,” tambahnya.

Malah menurut Yuni adalah hal wajar dia mengalami kedutan atau penuaan kerana faktor usia.

“Wajar ya kalau ada kedutan terutama pada tangan misalnya kerana saya suka berkemas dan lakukan kerja rumah. Jadi faktor usia, automatik jadi begini (kedut),” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Harap Dipertemukan Lelaki Lebih Berusia, Yuni Shara Sedia Kahwin?

BERITA TRENDING: Impian Duet Yuni Shara dan Didi Kempot di Depan Sobat Ambyar Buyar, Lagunya Kini Jadi Peneman

BERITA TRENDING: "Bayangkan Jenazah Diperlakukan Begitu!" - Yuni Shara Sedih Masyarakat Tak Terima Mayat Pesakit COVID-19

#Indonesia #pembedahan #Plastik #Yuni Shara #Leher #tegang