Pelakon dan pelawak Shuk Sahar menasihati warganet yang meminta tips curang daripadanya supaya berhenti berbuat demikian.

Kata Shuk, tidak ada guna menjadikan kecurangan sebagai contoh kerana perkara tersebut tidak menggembirakan serta tidak mendatangkan kebahagiaan.

Shuk juga meminta agar jadikan apa yang dilalui dirinya sebagai pengajaran dan jangan sesekali curang dengan pasangan masing-masing.

“Apa yang aku nak cakap satu je, tak best pun jadi macam aku…Tak best, tak happy…Itu la yang aku boleh cakap, yang mana minta tips untuk curang apa semua ni tak payah la.

“Yang korang tengok aku sebab mungkin kebetulan aku orang yang korang kenal, yang korang boleh nampak dan tengok apa yang aku buat.

“Jadikan benda yang korang nampak dan tengok ni sebagai satu pengajaran, tak payah buat pun,” katanya.

Selain itu, Shuk turut mengakui telah berlaku curang dengan wanita yang sama berkali-kali dan perkara tersebut diketahui ramai kerana dia merupakan individu dikenali.

“Aku curang dengan orang yang sama tau, berkali-kali…Mungkin ada orang yang curang dengan orang yang berlainan, bertukar-tukar cuma orang tak tahu.

“Apa yang aku boleh bagitahu, sejujurnya kalau dah ada family sebenarnya tak payahlah curang…Tak payah,” katanya menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini.

Rakaman tersebut menjadi tular selepas dikongsi semula seorang pengguna laman sosial tersebut.

Baru-baru ini nama Shuk kembali menjadi sebutan netizen apabila videonya di sebuah warung bersama seorang wanita dipercayai Fara Salleh menjadi tular.
@gula_hatii #syukmngakucurang ♬ bunyi asal - #FYP?

Untuk info, kemelut rumah tangga Shuk dan isterinya, Rossa Sera masih masih menjadi tanda tanya, tambahan lagi sudah lebih tiga bulan tidak tinggal sebumbung.

Sera pada November tahun lalu dikatakan telah memfailkan penceraian, namun sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan berusia 5 dan 2 tahun.