Vokalis Kristal, Kecik mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan itu selepas mengaku sudah tiada jiwa untuk terus bersama.

Berita itu diumumkan Kecik secara rasmi menerusi posting terbaru diakaun Instagramnya.

Menurut Kecik atau nama sebenarnya Mohammad Fauzi Kamarudin, 25, keputusan ini dibuat secara baik dengan persetujuan bersama.

“Assalamualaikum. Hari ini saya nak beritahu yang saya dah keluar secara rasmi daripada kumpulan @kristalband dan bergerak secara solo semula.

“Keputusan ini dibuat dari pihak saya dan pihak Kristal sendiri. Sebab utama dan punca utama adalah sebab saya rasa saya tak boleh galas tanggungjawab sebagai lead vocal untuk kumpulan Kristal.

“Saya tak nak Kristal jatuh merudum disebabkan saya. Mungkin saya masih lagi mencari cari jiwa saya. Saya bukan lah seorang penyanyi rock.

“Saya potong rambut pun bukan disebabkan nak tunjuk saya give up. Cuma saya nak beritahu jiwa saya dah tak ada kat situ.

“Saya memohon maaf kepada semua ahli-ahli Kristal dan pihak-pihak syarikat yang selama ni banyak tolong saya.

“Insya-Allah saya akan aktif semula sebagai penyanyi solo atau berkumpulan selepas ini jika diberi peluang oleh industri muzik yang saya cintai,” tulisnya.

Assalamualaikum. Hari ni saya nak bagitau yang saya dah keluar secara rasmi daripada kumpulan @kristalband dan bergerak secara solo semula. Keputusan ini dibuat dari pihak saya dan pihak kristal sendiri. Sebab utama dan punca utama adalah sebab saya rasa saya tak boleh galas tanggungjawab sebagai lead vocal untuk kumpulan kristal. Saya tak nak kristal jatuh merudum disebabkan saya. Maybe saya masih lagi mencari cari jiwa saya. Saya bukan lah seorang penyanyi rock. Saya potong rambut pun bukan disebabkan nak tunjuk saya give up. Cuma saya nak bagitau jiwa saya dah tak ada kat situ. . Saya memohon maaf kepada semua ahli2 kristal dan pihak2 syarikat yang selama ni banyak tolong saya. insha'Allah saya akan aktif semula sebagai penyanyi solo atau berkumpulan selepas ini jika diberi peluang oleh industri muzik yg saya cintai ?? #kecikogiee #keciktakact #doayangbaikbaik

A post shared by KECIK OGIE ( VOCAL) (@kecik_ogiee) on


Terdahulu, Kecik telah bersama Kristal sebagai vokalis utama sejak setahun lalu untuk menggantikan Lan Solo yang membawa haluan sendiri pada November 2017.