Hiburan

"Tak Boleh Samakan Bajet Drama Dengan Filem" - Jurusolek Bukan Gadis Biasa Dedah Bayaran Makeup Watak Tua Erra Fazira Kira-Kira ...

gempak
Zulaikha Yusof
22/05/2020
00:56 MYT
Sponsor Banner
"Tak Boleh Samakan Bajet Drama Dengan Filem" - Jurusolek Bukan Gadis Biasa Dedah Bayaran Makeup Watak Tua Erra Fazira Kira-Kira ...
Jurusolek drama Bukan Gadis Biasa, Nissa Khan tampil menjelaskan selepas warganet membandingkan solekan Sheila Rusly sebagai watak Opah Aminah dengan primadona Erra Fazira ketika dalam filem Hingga Hujung Nyawa.
Kata Nissa, bajet yang diperuntukkan oleh sebuah produksi untuk drama dan filem sangat jauh berbeza.
"Apa yang saya boleh komen adalah bajet. Kita tak boleh samakan bajet drama dengan filem. Saya dengar bayaran makeup untuk watak tua Erra Fazira itu dalam RM200,000 hingga RM400,000.
"Masuk akal juga sebab mereka menggunakan krew yang ramai. Tak ada produksi drama yang sanggup bayar dengan harga itu hanya untuk makeup.
"Kalau saya diberi bajet sebanyak itu saya pun boleh panggil team dari luar negara. Saya ada ramai kenalan antaranya dari Singapura dan Los Angeles. Hasil kerjasama kami mungkin boleh hasilkan yang sama ataupun insya-Allah lagi baik," katanya kepada Gempak.
Tambah adik kepada aktor Mas Khan ini menyatakan filem yang dilakonkan Erra itu dibantu oleh lima orang jurusolek kesan khas manakala dia bersendirian untuk Bukan Gadis Biasa.
"Apa yang saya tengok dekat video di sebalik tabir, Erra disolek oleh empat atau lima orang jurusolek. Itu yang ramai tak boleh bezakan. Sedangkan untuk Bukan Gadis Biasa, saya solek seorang diri untuk Sheila.
"Erra ada terangkan yang solekan itu mengambil masa selama dua hingga tiga jam hasil bantuan beberapa orang. Saya pun dalam tempoh masa yang sama tapi saya seorang diri," katanya lagi.
Dalam pada itu, pemilik nama Mas Qairunissa Mas Fadzillah Khan akui tak semua orang memahami kerjayanya sebagai jurusolek kesan khas.
"Tak semua orang faham kerja saya. Yang berada dalam bidang yang sama mungkin faham.
"Ada yang tau, ada yang tak, saya ada sijil jurusolek kesan khas dan Master daripada luar negara. Dulu saya belajar di Cinema Makeup School, Los Angeles. Saya merasakan mungkin sebab itu segelintir orang susah untuk terima hasil kerja orang luar.
"Namun, saya gembira apabila ramai yang beri tumpuan dengan hasil kerja saya dan drama Bukan Cinta Biasa trending nombor satu," kata Nissa.
Drama Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat, Remy Ishak dan Sheila Rusly menjadi buah mulut ramai apabila ada yang tidak berpuas hati dengan kesan solekan watak Opah Aminah yang tidak nampak semulajadi.
Malah, ada yang mempertikaikan pemilihan pelakon untuk dituakan berbanding mengambil pelakon veteran.
BACA: "Pelakon Veteran Mungkin Tak Larat, Risau Tak Mampu Hafal Skrip" - Pengarah Jelaskan Kenapa Sheila Rusly Lakonkan Watak Nenek Tua
BACA: "Jawapan Jinggo Macam Kurang Ajar Sangat Bunyinya .." - Warganet Hentam Pengarah Drama Bukan Gadis Biasa
BACA: "Penggambaran Babak Opah Aminah Setiap Hari Lebih Dari Sembilan Jam .." - Jurusolek Drama Bukan Gadis Biasa 'Spill The Tea'
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live