Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Dapat Tahan Menangis, Netizen Sebak Lihat Ayden Lap Air Mata Bella - “Mummy Lahirkan Saya..."

Mya Amri
30/03/2024 03:03 MYT
Penyanyi, Bella Astillah mengambil semangat daripada kedua-dua anaknya iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4, sebagai sumber kekuatannya.

Namun menerusi satu video temubual yang dikongsi di Instagram Hijabistahub menyaksikan Bella gagal menahan air mata sebaik sahaja mendengar jawapan Ayden ketika diajukan beberapa soalan.


Ayden sayang mommy

“Mommy saya janji saya akan menjadi anak yang baik sebab saya sayangkan mommy.

“Mommy lahirkan saya dan mommy selalu bawa saya ke tempat-tempat yang menyeronokkan. Mommy adalah yang terbaik,” ujarnya.

Dalam temubual tersebut juga, Bella berharap agar anak-anaknya dapat membesar dengan baik.

“Bella harap dan berdoa semoga Ayden dengan Ara menjadi insan yang baik, dengar cakap. Ayden jaga mommy okay?

“Bella mahukan mereka mendapat didikan agama yang baik dan menghormati orang tua. Insya-Allah,” ujarnya menahan sebak.

A post shared by HIJABISTAHUB ® (@hijabista.hub)


Netizen turut sama sebak lihat Ayden layan Bella

Sementara itu, ruangan komen juga dipenuhi dengan kata-kata semangat yang diberikan netizen kepada Bella.

Selain itu, mereka juga sebak melihat cara layanan Ayden yang mengusap air mata ibunya secara lembut seolah-olah memujuk Bella untuk terus kuat.

Antara komen diterima adalah:

“My mummy give birth to me… Terus laju air mata aku jatuh. Semoga anak-anak Bella menjaga Bella dengan baik bila dah besar nanti,”

“Aunty rasa sangat sedih… Aunty pun menangis juga. Semoga menjadi anak yang baik ya buat abang dan adik. Jaga mommy baik-baik, buat Bella, kamu kena kuat demi anak-anak ya,”

“Yang last tu dengan suara Ayden sambil lap air mata mommy dia, saya tak boleh tahan lah…”

Terdahulu, nama Bella menjadi hangat di media sosial apabila suaminya, pelakon Aliff Aziz didakwa ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominum mewah di ibu negara.

BERITA TRENDING: "Beri Ruang Pada Bella" - Didi Astillah

Ruhainies dan Aliff turut tampil memohon maaf di laman Instastory masing-masing selain memberitahu mereka kisah sebenar yang terjadi.

Terbaharu, Ruhainies sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik video yang merakamkan dirinya Aliff Aziz berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) pada Jumaat.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram Story milik Ruhainies, Aliff dirakam sedang membaca doa sambil berdiri di sebelah Ruhainies.

BERITA TRENDING: Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"

BERITA TRENDING: Netizen Sound Ruhainies - “Sendiri Mengundang Fitnah Lepas Tu Acah Tersakiti”

Menerusi video itu juga dapat dilihat masing-masing mengenakan pakaian bewarna putih. Ruhainies menyarungkan jubah lengkap bertudung, sementara Aliff pula mengenakan kurta.

#Anak #Aliff Aziz #Bella Astillah #Menangis #Raya #Rauya 2024
;