Pelakon, Ruhainies sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik video yang merakamkan dirinya bersama aktor, Aliff Aziz berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) pada Jumaat.

Malah video yang dimuat naik Ruhainies menerusi ruangan Insta Story miliknya itu telah menjadi tular dalam sekelip mata.

Ruhainies beri penjelasan

Bagaimanapun selepas mendapati video tersebut menjadi bualan netizen, Ruhainies kemudiaannya tampil memberikan penjelasan.

Ruhainies berkata dunia ini sudah terlalu tenat, penuh dengan fitnah dan terlalu banyak berita palsu yang disebarkan.

BERITA TRENDING: Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"


Netizen balas balik

Namun kenyataan Ruhainies itu dibidas kembali oleh netizen yang rata-ratanya mendakwa aktres itu sendiri menyebarkan fitnah dengan memuat naik video tersebut.

Malah mereka juga mengatakan Ruhainies seolah-olah ‘play victim’ dengan membuat kenyataan seperti itu.

Antara komen yang diberikan netizen adalah:

“Sendiri mengundang fitnah lepas tu acah acah mangsa yang netizen ni asyik nak fitnah kau je,”

Sebelum ini, menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram Story milik Ruhainies, Aliff dirakam sedang membaca doa sambil berdiri di sebelah Ruhainies.

BERITA TRENDING: “Siapa Kita Untuk Menghukum Mereka” - Risteena Tunjuk Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Jawi Bukan Sampai Jam 3 Pagi

Menerusi video itu juga dapat dilihat masing-masing mengenakan pakaian bewarna putih. Ruhainies menyarungkan jubah lengkap bertudung, sementara Aliff pula mengenakan kurta.

Terdahulu, kecoh apabila pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara.