"Kalau ada jodoh, adalah," kata pelakon popular, Intan Najuwa, 23, sekali gus mengesahkan gambar lelaki yang dimuat naik di Instagram, adalah bekas tunangnya yang juga ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39.
BACA: "Nampak Macam Kereta Lamborghini ..." - Muat Naik Foto Sandar Di Bahu Lelaki, Netizen Dakwa Intan Najuwa & Bekas Tunang Kembali Bersama
Memetik laporan Harian Metro, Intan berkata selepas putus pada Februari lalu, hubungannya dengan Razrul tetap baik.
Intan yang popular menerusi drama Setelah Ku Dimiliki turut menyifatkan dia dan Razrul kini mahu menjalani kehidupan dengan lebih matang.
"Betul, lelaki dalam gambar itu adalah bekas tunang saya. Di kapsyen pun tak ada tulis kami kembali bersama atau apa. Cuma, ingin dijelaskan perhubungan kami masih baik, walaupun selepas putus tunang tempoh hari.
"Saya tak mahu kalau cakap kembali bersama orang menganggap kami macam budak-budak pula. Jadi, biarlah saya jalani dengan 'follow the flow'. Biarlah antara kami saja faham dan jalani secara matang.
"Tambahan pula, selama ini kami tak pernah bergaduh pun. Memang tak ada masalah begitu juga dengan keluarga kami. Semuanya okay saja," katanya.
Intan yang kini menjalani penggambaran drama Pink Smile bagi slot Lestary, TV3 memohon doa yang terbaik buat mereka.
"Saya memuat naik gambar itu bukan bertujuan untuk buat kontroversi pun. Ia sekadar 'posting' (hantaran) suka-suka. Mohon doakan yang baik-baik buat kami," katanya lagi.
Pada bulan Februari lalu, Intan membuat pengakuan tentang ikatan pertunangan bersama Razrul sudah terlerai.
BACA: "Biar Dia Jalani Hidup Tanpa Gangguan" - Intan Najuwa Putus Tunang
Terdahulu, Intan dan Razrul melangsungkan pertunangan pada 18 Ogos 2019 di Johor Bahru.
Sumber: Harian Metro
Zulaikha Yusof
Wed Jun 17 2020
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.