Selepas berita mengenai pendakwah selebriti ditahan kerana tuduhan merogol, pelakon Ben Amir turut terpalit kontroversi tersebut.

Semuanya gara-gara foto tertuduh yang mula tular di laman sosial dan gaya rambut Orang Kena Tahan (OKT) tersebut dikatakan mirip Ben.

Tidak mahu dirinya terus dikaitkan, Ben telah memuat naik ciapan di laman sosial Twitter dan menjelaskan OKT tersebut bukanlah dirinya.

Malah menurut Ben gaya rambutnya lebih elok berbanding suspek rogol tersebut.

“Kes rogol tu bukan aku laa…Rambut pun lain. Mine better, much better!
Rogol Tu Bukan Aku La, Rambut Pun Lain…Mine’s better, much better,” ciapnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga Twitter menyokong ciapan Ben dan berpendapat fizikal kedua-dua mereka jauh berbeza.



Semalam, seorang pendakwah selebriti direman lima hari, bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita pada September tahun lalu.

[[BACA: Pendakwah Selebriti Ditahan Reman Lima Hari, Bantu Siasatan Kes Rogol]]