Mungkin masih ramai yang belum tahu tentang bakat terpendam yang dimiliki pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella memuat naik sebuah video menunjukkan dia sedang menghasilkan lukisan kanvas.

Menurut isteri Aliff Aziz itu, masa lapang ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini telah menonjolkan sisi lain dalam diri seseorang.

"Saya hasilkan lukisan kanvas ini selama lima jam, ketika PKP, saya rasa ia menonjolkan sisi lain diri kita, sesuatu yang kita tidak nampak sebelum ini.

"PKP ini sahaja ada kesempatan buat ini semua kalau tak asyik sibuk," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Bella turut berharap agar orang ramai kekal selamat bersama orang tersayang ketika berhadapan pandemik ini.

"Semoga anda semua kekal selamat bersama orang tersayang, apa yang anda buat ketika PKP ini?" tulisnya lagi.

Perkongsian itu semestinya mendapat perhatian daripada para pengikut Bella, tidak kurang juga beberapa rakan industri seperti Zulin Aziz, Lizza Abdullah, Indah Ruhaila dan Mira Filzah.

Rata-rata mereka memuji hasil lukisan Bella yang cantik itu.

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)