Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Henti Disindir Bekas Mentua, Bella Astillah Coretkan Surat Terbuka - “Banyak Lagi Perkara Yang Jauh Lebih Penting…”

Umirah Halim
09/08/2024 10:48 MYT

Selepas mengambil langkah untuk memastikan tiada komunikasi antara dua orang anaknya dengan bekas keluarga mentua, pelakon Bella Astillah tampil mencoretkan surat terbuka.

Mohon beri ruang

Menerusi surat terbuka yang ditujukan buat keluarga mentuanya itu, dia meminta agar dirinya dan anak-anak diberikan ruang dan masa untuk bertenang daripada segala kekecohan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Dilihat Bersama Tabligh, Bella Astillah Hanya Doakan Yang Terbaik - “Sekiranya Dia Mahu Berubah Ke Arah Lebih Baik, Saya Hanya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

Malah, turut memohon agar pihak sana berhenti memuatnaik hantaran berbaur sindiran kepadanya.

“Biarlah masa yang menentukan.

"Untuk terakhir kali, saya minta supaya berhentilah memerli, adalah lebih baik kita muhasabah diri untuk menjadi insan yang lebih baik kerana usia kita semua semakin meningkat.

“Banyak lagi perkara yang jauh lebih penting dan tak lupa mari kita sama-sama terus mendoakan saudara kita di bumi Palestine,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Terdahulu, perkongsian bekas ibu mentua Bella iaitu Siti Hafiza menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada cucu-cucunya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna di Instagram menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian-perkongsian tersebut, Siti Hafiza turut meluahkan rasa rindu terhadap dua orang cucunya yang sudah lama tidak ketemu dan sehingga kini masih mencuba cari jalan untuk berhubung dengan mereka.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebenarnya saya Tahu Tentang Ayden Jatuh Dekat Sekolah Melalui…” - Aliff Aziz

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.

Pasangan selebriti itu akhirnya sah bercerai pada 13 Jun lalu.

#Anak #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Surat Terbuka #Keluarga Mentua #Sindir
;