gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Selepas Matematik, Netizen Terpukau Tengok Kembar ’Sekumpulan Orang Gila’ Jawab Soalan Teka Peta Dunia
HIBURAN
Beri Ucapan Hari Lahir, Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Rindu Terhadap Ayden & Ara - “Cucunda Berdua Adalah Penyambung…”
HIBURAN
Hilang 20Kg Dalam Masa Lima Bulan, Nazrief Nazri Makin Handsome, Nampak Muda! – “Hard Work Pays Off”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Tak Jadi Kahwin, Jennifer Lopez Tawar Hati Dengan Alex Rodriguez

Maliah Surip
Maliah Surip
16/04/2021
15:20 MYT
Sponsor Banner
Tak Jadi Kahwin, Jennifer Lopez Tawar Hati Dengan Alex Rodriguez
Pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Alex Rodriguez baru mengumumkan perpisahan mereka secara rasmi semalam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, kedua duanya membenarkan gosip hubungan mereka berantakan sejak kebelakangan ini sehingga membuat keputusan memutuskan tali pertunangan kerana gagal mencapai kata sepakat untuk kembali menjadi pasangan yang bahagia.
"Kami baru menyedari hubungan ini lebih baik sebagai kawan. Jadi kami ingin kekal berkawan.
"Kami juga akan meneruskan kerjasama dan terus menyokong satu sama lain dalam bisnes dan projek yang membabitkan kami berdua," tulis kenyataan itu seperti dilaporkan E! News.
Sehari selepas kenyataan itu disiarkan, satu sumber terdekat penyanyi itu 'membocorkan' sebab perpisahan mereka.
Sumber tersebut mendakwa J.Lo sudah tawar hati dengan Rodriguez atau A.Rod selepas beberapa kali tunangnya itu mencabar kesabaran dan kepercayaannya sepanjang hubungan mereka terjalin.
"Dia berasa telah bebas selepas perpisahan itu," kata satu sumber.
Biarpun mengatakan akan terus berkawan baik dengan bekas tunangnya, diketahui J.Lo kini berada di Los Angeles dan tidak mempunyai perancangan untuk bertemu A.Rod dalam waktu terdekat.
Sementara sumber yang lain pula mendakwa: "Kepercayaannya sudah tercabar, dan tidak akan jalan untuk berpatah balik.
"Dia berasa senang dengan keputusan yang diambil kerana tahu Rod akan masih ada di sisinya, namun dalam kapasiti yang berbeza."
Berbeza dengan J.Lo, A.Rod didakwa masih berharap dapat memujuk hati wanita itu sekaligus meneruskan impiannya untuk berkahwin. Dia juga dikatakan masih berharap dan melakukan pelbagai usaha untuk memenangi semula hati penyanyi itu.
Sejak bulan lalu, tersebar gosip pesohor berusia 51 tahun itu sedang bermasalah dengan tunangnya yang berumur 45 tahun.
Namun saat itu J.Lo mengatakan dia dan A.Rod belum berpisah dan sedang berusaha memperbaiki hubungan mereka.
"Kami sedang berusaha menyelamatkan hubungan ini," kata mereka.
Terdahulu pasangan ini dikatakan telah menjual kediaman mewah yang dibeli bersama di Malibu pada tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Cinta
#Jennifer Lopez
#Alex Rodriguez
#Putus
#Percaya
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement