Penyanyi dan pengacara Adibah Noor mahu stesen radio yang ada di Malaysia untuk menghentikan slot prank call (panggilan main-main).

Menerusi laman sosial Twitter, Adibah menghantar satu kicauan untuk semua pengurus dan produser program radio.

“Kepada stesen-stesen radio, pengurus program, produser program, sampaikanlah berita-berita menggembirakan, mesej-mesej semarak kasih-sayang. Boleh jer kalau nak buat gitu,” tulis Adibah lagi.Kicauan tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #PrankCallsArentFunny dan #StopPrankCalls.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan balas, ramai wargamaya yang bersetuju dengan pendapat Adibah.

“Betul, beri input yang bermanfaat dan motivasi. Prank call dah ketinggalan saman. Tahun 2020 ni orang dah bosan,” komen seorang wargamaya.

“Malaysia ni tak habis-habis dengan cerita prank. Baik radio dan TV. Hentikan la, dah tahun 2020 ni. Cari la idea lain,” gesa seorang wargamaya.

“Aku anti betul dengan prank bodoh ni. Kalau nak sangat buat prank, cuba fikir content yang tak mencemaskan dan menyusahkan orang. Ada satu prank ni berlaku kat perumahan kakak aku sampai akibatkab kematian,” tulis seorang wargamaya.



“Kepada semua stesen radio yang masih guna segmen prank call, ketahuilah ia tak kelakar dan memalukan. Zaman sekarang rakyat tertekan, overwork, tak ada masa nak layan prank bodoh macam tu. Tukar la benda lain,” komen seorang wargamaya.

“Saya ingat Hitz FM punya prank call orang konon dia dapat kerja. Orang tu happy gila ucap terima kasih banyak-banyak sekali dia tahu benda tu prank call, dia down gila and letak phone. Budaya syaitan betul prank call ni sebab mengecewakan orang yang tak bersalah,” luah seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Adibah pernah menjadi penyampai radio di Suria FM pada tahun 2013 dan meninggalkan stesen radio itu pada tahun 2015.