Aktres jelita, Datin Seri Maria Farida menulis ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Mizan Ashley yang ke-23 semalam.
Menurut Maria, kehadiran Mizan banyak memberi kebahagiaan dalam kehidupannya.
"Selamat hari lahir untuk anak kesayangan saya, hari ini umur awak memasuki 23 tahun. Tetapi, tak kira berapa umur awak, awak tetap baby boy.
"Sejak dilahirkan, awak telah bawa banyak kebahagiaan dalam hidup kami.
"I love you to the end of time, saya hanya mahu awak kekal sihat dan gembira sentiasa, selamat hari lahir si pencuri hati saya," tulis Maria di Instagram.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut pelakon berusia 50 tahun ini turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Mizan.
Imbas kembali, Maria dan suaminya, Datuk Seri Rahman Shakur mendirikan rumah tangga pada 26 November 2015.
Mizan Ashley merupakan cahaya mata hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita