Gaya Hidup

“Tak Kira Pakai Tangan Atau Camca, Kicknya Tetap Sama” - Raja Permaisuri Agong Kongsi Kisah Makan Durian Guna Sudu

gempak
Azwa Rahman
05/07/2019
10:58 MYT
Sponsor Banner
“Tak Kira Pakai Tangan Atau Camca, Kicknya Tetap Sama” -  Raja Permaisuri Agong Kongsi Kisah Makan Durian Guna Sudu
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memohon maaf apabila berkongsi kisah baginda menikmati raja segala buah, durian dengan menggunakan camca atau sudu.
Menerusi laman Twitter rasminya, @cheminahsayang, Tunku Azizah menyatakan sejak kecil lagi baginda telah diajar oleh untuk menikmati durian menggunakan sudu supaya tangan tidak berbau.
“Saya minta maaf, sejak kecil lagi diajar oleh tok saya, makan surian pakai camca garfu supaya tangan tak berbau. Begitu juga dengan rambutan, siap di kupas dan di hiris. Manggis juga begitu,” tulis baginda lagi.
Jelas Tunku Azizah lagi, sahabat-sahabatnya sering mentertawakan gaya makan durian menggunakan sudu tetapi akan meniru caranya itu.
“Tak kiralah pakai tangan atau sudu garfu, kicknya tetap sama. Alhamduillah di atas nikmat Allah SWT kurniakan,” ujar baginda lagi.
Tweet dari Tunku Azizah ini nampaknya menarik perhatian netizen. Rata-rata mereka memuji sikap rendah diri Raja Permaisuri Agong kerana berkongsi cerita terbabit.
Malah, ada yang turut sama memuji kecantikan pinggan dan sudu yang digunakan oleh baginda.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi tips dengan Tunku Azizah tentang cara untuk menghilangkan bau durian selepas menikmatinya dengan tangan.
Tweet daripada Tunku Azizah itu sehingga kini telah mendapat hampir 3,000 ulang kicau dan 5,000 likes.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live