Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera seakan-akan memberikan bayangan dirinya sekali lagi menjadi mangsa penipuan dan telah diperdaya.

Masih bersabar dan bertenang dengan situasi yang terjadi, kata Sera, dia punyai bukti yang kukuh terhadap kata-kata yang dimaksudkannya.

"Sera tiada bagi apa-apa statement mana-mana media pun ya. Statement pihak sana tiada kaitan langsung dengan Sera.

"Suka hatilah nak cakap aku meroyan ke apa, kau tahu apa yang kau dah buat. Masing-masing ada kegilaan masing-masing. Ada gila menipu.

"Aku lain, kegilaan ku kalau hilang sabar lain. Cukuplah tu. Aku pun tahu setiap proses orang lain, ada cepat ada lambat. Aku lambat sikit sebab bodoh.

"Tapi alhamdulillah lambat tapi Allah hantar kekuatan dan bukti," katanya.



Sera pada Jumaat memuatnaik beberapa ayat di Instagram Stories difahamkan merujuk kepada dirinya yang telah dilukai sekali lagi.

BACA: "Tiada Siapa Pun Mahu Pilih Perpisahan..." - Drama Apa Lagi Rossa Sera, Shuk?

Shuk yang kini berada di Pulau Pinang telah menutup semua ruangan komen di Instagramnya memberitahu kepada media bahawa berlaku perselisihan faham dengan isterinya namun ia bukan hal yang besar.

Bagaimanapun, Sera enggan mengambil pusing akan hal terbabit dan ingin memberikan fokus kepada perniagaannya.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang bagi nasihat dan doakan saya, ada juga DM yang kongsi kisah sama macam saya, saya pun tak tahu nak kata apa.

"Untuk yang DM baik-baik, beri nasihat dan sokongan terima kasih. Untuk yang kecam pun tak apa saya maafkan.

"Saya tak nak fikir orang lain dulu, nak fokus pada perniagaan saya," tambahnya.


***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!