Hiburan
“Tak Larang Ayah Dan Anak...” Isteri Pasha Sakit Hati Dilabel Perampas Suami Orang
Isteri vokalis kumpulan Ungu, Pasha, Adelia Wilhelmina akui tidak gemar dengan gelaran perampas suami orang yang ditujukan kepadanya.
Adelia menerusi akaun Instagram miliknya membuat coretan panjang menggambarkan isi hatinya ketika ini.
Menurut Adelia, dia sakit hati dengan gelaran tersebut dan memberikan penjelasan mengenai salah faham netizen terhadap status dirinya.
“Saya ingin berkongsi tentang perkara yang sedih. Sebenarnya tak penting untuk fikirkan tentang orang sebab saya tahu setiap manusia ada rasa suka dan tidak suka itu adalah sesuatu yang wajar.
“Ada segelintir orang yang DM dan memberikan komen-komen kepada saya.
“Katanya hidup sebagai pelakon dan bersama Pasha itu enak. Kerana saya, Pasha jauh daripada anak-anaknya yang lama.
“Saya ingin menjelaskan untuk masalah ini secara jujurnya saya tak pernah melarang ayahnya atau anak-anaknya dan sangat mengalu-alukan kalau anak-anak datang ke rumah kerana ini juga rumah mereka.
“Pertama, saya sangat sakit hati kalau saya dipanggil perebut suami orang. Pada saat saya bertemu suami, dia masih single. Sila klarifikasikan perkara ini kepada suami saya ya.
“Tolong jangan menghakimi orang jika kalain tidak mengetahui apa-apa. Mengenai pernikahan kami, sudah hampir 10 tahun dan kami tidak melihat kebelakang tapi kami fokus kehadapan
“Rezeki rsudah ada catatan dan bahagian dari ALLAH, hidup kami seperti apa dan kami bahagia. Alhamdulillah sampai sekarang,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 iaitu dua tahun setelah Pasha sah bercerai dari isteri pertamanya, Okie Agustina dan dikurniakan tiga cahaya mata, Keisha Alvaro Putra Sigit, Shakinah Azalea Napasha, dan Nasha Anaya Putri Valentina Pasha.
Must-Watch Video