Pelakon Iedil Putra menjelaskan dia masih aktif berlakon di Malaysia walaupun telah berpindah ke Indonesia untuk tinggal bersama isterinya, Prisia Nasution.
Kata Iedil, sepanjang setahun selepas berkahwin dia sering berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk menjenguk keluarganya selain melunaskan penggambaran tiga buah filem lakonannya yang bakal ditayangkan tahun depan.
"Saya masih aktif di Malaysia, mungkin ramai yang fikir apabila saya sudah berkahwin dan berhijrah ke Indonesia, saya sudah lupakan Malaysia.
"Itu salah! Saya masih ada produk lakonan dan komitmen kerja di sini (Malaysia).
"Tambahan pula, saya sekarang sedang sibuk dengan sesi latihan teater muzikal Ola Bola sehingga bulan Februari depan.
"Maka, saya dan isteri akan kerap berada di Malaysia dalam tempoh waktu tersebut," katanya kepada Astro Gempak.
Iedil dalam perkembangan lain akan muncul dengan tiga buah filem terbaharu antaranya Mak dan One Two Jaga.
Malah, pelakon itu juga bakal muncul dalam drama bersiri enam episod, Mandatori, bergandingan dengan Aeril Zafrel dan Siti Saleha.
Drama bersiri crime thriller itu merupakan adaptasi novel terkenal Ramlee Awang Murshid dan bakal disiarkan di Astro First Eksklusif (480) mulai 14 Disember depan.
Dengan hanya RM19.10, penonton boleh menikmati kesemua enam episod dengan berulang kali dalam tempoh lima hari dari waktu pembelian.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Mandatori boleh didapati menerusi platform digial On Demand.
Teks oleh: Amri Hassan
Amri Hassan
Thu Dec 07 2017

.jpg?ext=.jpg)
KKM Cadang Aktiviti Rentas Negeri Untuk Aidilfitri Ditangguhkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan aktiviti rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan.

Episod 3 Ramadan Pertama Edi Penuh Ragam, Dari Telefon Nad Kena Rampas Dengan Naemah, Pak Sobri Sibuk Mengorat, Dengan Indo Mee Harga RM17!
Macam-macam hal la keluarga Pak Sobri ni!

Asmidar Cerita Detik Cemas Khemah Bazar Ramadan Hampir Diterbangkan Ribut - "Tak Ada Warning Langsung, Baru Nak Start Berniaga"
Simpati dengan nasib sebahagian peniaga yang terjejas akibat ribut kuat Selasa lalu...

"Tak Semua Orang Mampu Lakukannya" - Along Eyzendy Kagumi Semangat Isteri Derma Buah Pinggang Untuknya
Pengorbanan isteri tak ternilai buat Along...
![[EPISOD PENUH] Hati Yang Dikhianati - EP3 [EPISOD PENUH] Hati Yang Dikhianati - EP3](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1899885/6459687881618460523240_640x390.jpg)
[EPISOD PENUH] Hati Yang Dikhianati - EP3

"Seram Ye Dia Start Menyeringai & Gelak" - Shanell Harun Cuak Staff Kena Rasuk Selepas Terawih
Bulan puasa syaitan je kena ikat tapi jin masih bebas...

Besar Pahala Ibu-Ibu Yang Masak, Sediakan Juadah Berbuka Dan Bersahur. Air Tangan Ibu, Memang Tiada Bandingannya.
Walau ada yang membeli, atau cuma memetik suis periuk nasi, panaskan lauk-pauk itu dan ini, ucaplah terima kasih kepada isteri. Pasti hilang segala letih dan penat lelahnya.

“Henti Ambil Nasi Dan Roti, Berbuka Hanya Satu Lauk”- Cef Wan Jaga Makan, Berjaya Turun 5kg!
Nak ikut macam cara Cef Wan lah.

“Tak Tahu Bila Saya Boleh…”- 3 Tahun Tak Jumpa, Maya Karin Sedih Rindukan Keluarga Di London
Maya Karin Sedih Rindukan Keluarga Di London

Berteman Lama, Duet Ustadz Derry Sulaiman dan Takaeda Ditandai Lewat Lagu Tawakal
Sejak 2015 penyanyi dan penulis lagu Umaru Takaeda dan Ustadz Derry Sulaiman dipertemukan oleh Sang Pencipta dalam momentum silaturahmi