HIBURAN
Kafe Milik Intan Najuwa Kehabisan Ais, Pelanggan Sanggup Beli Sendiri, Ini Respons Intan - “Meh Datang Balik, Saya Belanja Air Free…”
Seorang pelanggan sanggup membeli ais di kedai lain semata-mata untuk menikmati minuman kegemarannya selepas kafe milik Datin Intan Najuwa dipercayai kehabisan bekalan ais.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok yang dimuat naik pengguna @SalimahKobis, memaparkan dia sedang memberikan satu pek ais kepada pekerja kafe tersebut.
@achey_kintangkintung Replying to @Opeenoes maklum lahhh banyak produk raya nak amek duta raya2 ni hahahahha… tapi kalau bukan saya live pun … korang beli je.. sbb setiap pembelian kita bagi hadiahhhh…. @tiaracandy_official @anne_achey21@TC_Haziq @Tc_poksu🍬 ♬ original sound - KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
“Lepak kafe Intan Najuwa ais batu habis, tidak apa, biar aku yang pergi beli ais batu di 7Eleven,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Respons Intan Najuwa
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah mendapat perhatian pelakon itu sendiri.
Menerusi ruangan komen, Intan Najuwa menawarkan air secara percuma kepada pelanggan tersebut.
“Hahaha Ya Allah awak yang belikan rupanya. Semalam staff inform. Meh datang balik nanti, I belanja air free!,” tulis Intan.
Bagaimanapun, pengguna tersebut menolak tawaran berkenaan kerana keinginannya untuk menikmati minuman itu sudah dipenuhi.
“Hi Datin , Assalammualaikum. Takpe datin dah lepas teringin semalam sebab tu sanggup beli ais kat 7e bawah. Apa pun cookie in cup sedap, croissant sedap, cookies & cream frappe pun sedap,” tulisnya.
Setakat artikel ini ditulis hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 1.1 juta tontonan di platform TikTok.
Must-Watch Video