Hiburan

“Tak Malu Kentut Depan-Depan, Tidur Berdengkur” – Lawaknya Ucapan Shuk Buat Isteri Sempena Birthday

gempak
Mya Amri
20/12/2019
06:36 MYT
Sponsor Banner
“Tak Malu Kentut Depan-Depan, Tidur Berdengkur” – Lawaknya Ucapan Shuk Buat Isteri Sempena Birthday
Pelawak dan penyampai radio, Shuk mengakui masih belum lagi bejaya untuk menjadi suami yang terbaik buat isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.
Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 33, berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Menurut Shuk, walaupun baru empat tahun berkahwin namun tempoh itu sudah cukup membuatkan mereka mengenali perangai masing-masing.
“Empat tahun tak lama mana pun kalau nak ikut tapi bagi yang hadap dan lalui alam perkahwinan mesti cukup faham masa tu lah dah tak malu nak kentut depan-depan, tidur berdengkur, kurap tang mana semua dah boleh tahu.
“Dengan kekurangan itu you masih ada bersama I hari ini @rossa.sera terima kasih sayang... Maaf dah lebih 18 kali rasanya buat you terasa, I masih lagi belum berjaya jadi suami yang terbaik tapi percaya I tak pernah berhenti mencuba okay,” tulisnya.
Terdahulu, Shuk dan Rossalennah selamat bernikah pada 20 Disember 2015 di kediaman isterinya yang terletak di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.
Hasil perkahwinan, Shuk dan isteri terlebih dahulu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 3 manakala anak bongsunya dilahirkan pada 13 Julai lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024