Hiburan
Rizky Febian, Mahalini Selamat Nikah Semula Lepas Kontroversi Perkahwinan Tidak Sah
Pasangan penyanyi Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini yang sempat berdepan kontroversi sebelum ini kerana didakwa menjalani akad nikah tidak sah sudah menyelesaikan masalah tersebut.
BERITA TRENDING: Rizky Febian - Mahalini Kena Nikah Semula, Tak Penuhi Rukun Nikah
BERITA TRENDING: Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan
Rizky dan Mahalini telah menikah semula pada 27 Disember 2024 untuk memastikan perkahwinan mereka sah secara negara dan agama.Sebelum ini pernikahan pasangan popular yang berlangsung pada 10 Mei 2024 tidak sah secara negara kerana masalah pentadbiran.
Anak kepada pelawak Sule dengan penyanyi berasal daripada Bali itu menjalankan akad nikah kedua di Hotel Raffles, Kuningan, Jakarta Selatan sekitar pukul 9 pagi waktu tempatan.
"Mereka sudah menikah di KUA Setia Budi dan sebelumnya mereka sudah mendaftarkan pernikahan mereka.
“Kini sesuai tercatat di KUA pada hari Jumaat tanggal 27 Disember (menikah semula)," ujar Kepala KUA Setiabudi, Nasrulla kepada Detik.com.
BERITA TRENDING: Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah
Mereka juga telah mendaftar perkahwinan dan semua butiran lengkap dan telah memiliki buku nikah seperti layaknya pasangan suami-isteri.BERITA TRENDING: Menantu Dituduh Curang, Sule Titip Kata-Kata Semangat Buat Rizky & Mahalini
“Semuanya sah dan cukup syarat dari segi agama dan negara. Semuanya akan ada dalam buku nikah mereka,” ujar Nasrulla lagi.Must-Watch Video