Tak Mampu Sewa Kenderaan Jenazah, Warga Emas Naik ‘Rider’ Bawa Pulang Mayat Cucu Dari Hospital
Gempak
23/06/2024 23:55 MYT
23/06/2024 23:55 MYT
Seorang individu dari Makassar, Sulawesi Selatan yang mengambil upah membawa penumpang menggunakan motor (rider) meraih perhatian netizen selepas menghantar seorang warga emas bersama jenazah cucunya dari hospital ke kediaman mereka.
Menerusi portal berita Tribunnews, penunggang motosikal berkenaan terpaksa menempuh perjalanan sejauh 53 kilometer demi membantu menghantar lelaki yang dikenali sebagai Arsyad itu pulang.
Menerusi portal berita Tribunnews, penunggang motosikal berkenaan terpaksa menempuh perjalanan sejauh 53 kilometer demi membantu menghantar lelaki yang dikenali sebagai Arsyad itu pulang.
Tak mampu
Arsyad memilih untuk menaiki motosikal kerana tidak mempunyai duit yang cukup untuk menyewa kenderaan membawa jenazah kerana harganya yang mahal, sekitar 800,000 rupiah (RM230).
ARTIKEL TRENDING: Didakwa Cadang Jadikan Ruhainies Menantu, Ini Respons Ibu Aliff Aziz
ARTIKEL TRENDING: Tidak Gah Seperti Dahulu, Suasana ‘Disneyland Malaysia’ Didakwa Suram?
ARTIKEL TRENDING: Semuanya Musnah Apabila Serina Keluar Dari Rumah - Gavin Edward O'Luanaigh
ARTIKEL TRENDING: “My Middle Name Is Your Karma & Pesanan Awak Sudah Dihantar” - Sarah Yasmine Puas Hati Ruhainies Terima Balasan?
ARTIKEL TRENDING: Linkin Park Tribute Band Bakal Singgah Ke Kuala Lumpur September Ini Menerusi Linkin Park Tribute Experience Tour!
“Benar, saya tidak mampu bayar sewa kenderaan jenazah. Saya tidak sanggup. Saya hanya pemancing,” kongsi Arsyad.
Sayu dan kasihan melihat keadaan Arsyad, rider berkenaan bersetuju dan nekad membantu membawanya pulang ke rumah bersama jenazah cucu kesayangan yang baru meninggal dunia.
Tular mengenai kisah sedih warga emas ini, netizen turut menyuarakan rasa kurang senang dengan perkhidmatan hospital terbabit.
Dalam masa sama, netizen juga menganggap pemerintah di daerah itu tidak menjaga kebajikan masyarakat dengan baik.
Sumber: Tribunnews