Berita
Tak Mustahil Suatu Hari Nanti Saya Boleh Jatuh Cinta Dengan Daiyan Trisha - Hafeez Mikail
Pelakon filem Busker, Hafeez Mikail tidak menolak jika suatu hari nanti akan bercinta dengan penyanyi Daiyan Trisha.
Hafeez atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Muhammad Zaki, 25, berkata, Dayan memiliki ciri-ciri wanita idamannya dan karakter yang menarik.
"Saya tidak terkejut jika suatu hari nanti saya boleh jatuh cinta dengan Dayan memandangkan dia merupakan seorang wanita yang mempunyai wawasan yang tinggi.
"Dia mempunyai personaliti menarik dan saya suka seorang perempuan yang pandai berdikari.
"Saya juga tidak berani untuk meramal masa depan namun jika pada masa depan kami ditakdirkan bercinta itu tidak menjadi kesalahan kerana kedua-dua masih solo.
"Namun buat masa sekarang kami masih sebagai kawan baik dan tidak ada perasaan cinta atau lebih sebagai seorang kawan," katanya kepada Astro Gempak.
Hafeez berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Filem Busker, di e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Selain Hafeez dan Dayan, filem Busker turut dibintangi oleh Anas Ridzuan, Bulan dan Mas Khan.
Filem arahan Syed Khairul Fariz ini bakal ditayangkan dipawagam bermula 11 Januari 2018.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video