Berita

“Tak Naik Ward Walaupun 12 Jam Menunggu”- Anak Dr. Say Dimasukkan Ke Hospital

gempak
Syafiqah Jalal
10/07/2019
05:42 MYT
Sponsor Banner
“Tak Naik Ward Walaupun 12 Jam Menunggu”- Anak Dr. Say Dimasukkan Ke Hospital
Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril memberithau anaknya dimasukkan ke hospital semalam.
Menurut Dr. Say, anaknya itu buat pertama kalinya di masukkan ke hospital akibat batuk dan selsema.
“Hari ini first time dalam hidup saya bakal di-admit ward akibat batuk, selsema & dada berlekuk.
"Kali ni saya masuk hospital tempat daddy saya berkhidmat dulu iaitu Hospital Serdang.
"Ramai betul orang kat kecemasan & saya pun tak naik ward lagi walaupun dekat 12jam saya tunggu.
“Tapi tak apa sebab ramai akak-akak staff nurse datang jenguk saya cuma saya tak tahu kenapa diorang cakap muka saya macam mommy walhal mata, kening & dagu saya dalam gambar ni sama sangat dengan daddy kan?
"Ok saya nak sedut gas jap. Akak-akak & abang-abang kat luar sana doakan saya cepat sembuh k? Shaaayang akak abang semua,” tulisnya seolah-olah mewakili anaknya.
Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama anaknya yang berada di hospital.
Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar anak segera sembuh.
Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live