Pelakon, Fiza Halim meluahkan rasa kesal apabila dirinya dan anak-anak menjadi mangsa fitnah dan dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan Engku Emran.

Fiza menerusi akaun Instagram miliknya meminta agar netizen untuk berhenti dari membuat dan menyebar spekulasi tidak berasas itu.

Dalam masa yang sama, Fiza juga turut menafikan wajah dua anaknya iaitu Ferra Aryana dan Feeya Adyrra bukanlah individu yang dilihat bersama Engku Emran seperti tular sebelum ini.

Tolong hentikan viral dan fitnah korang ya! Aku tak nampak di mana serupanya muka anak aku dengan pihak yang korang kaitkan tu.

“Jauh beza sama sekali. Dah macam-macam cerita aku dengar fasal aku, korang dok kata dan tulis. Pada mulut netizen yang mula buat cerita ni silalah merangkak nanti di sana untuk datang mintak maaf dekat aku.

“Jangan pandai-pandai nak sebar fitnah dan aibkan org. Fikirlah sikit, orang ada keluarga. hati nak kena jaga.

“Sibuk sangat nak jaga tepi kain orang dan fitnah orang bercinta, tanpa usul periksa! Last-last malu sendiri,” coretnya.

A post shared by ???? ????? ?????™️ (@fizahalimofficial)


Sementara itu di ruangan Insta Story pula, Fiza memaklumkan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus memfitnah dirinya.

“Untuk pengetahuan semua, pada siapa yang pernah DM, keji, caci, bagi kata-kata kesat tu semuanya aku dah simpan nama korang.

“Kalau isu ni mash lagi dibangkitkan, dan pada pihak yang masih menyebarkan fitnah pada aku, aku takkan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang.

“Headline (tajuk berita) yang berbaur fitnah juga akan diambil tindakan. Jangan main sedap sahaja jari menulis tentang qada dan qadar orang. Menulis seperti orang yang tiada perasaan.

“Aku malas nak bersuara, tapi korang makin melampau. Semakin hari semakin menjadi-jadi,” tegasnya.


BACA: “Bila Masa Saya Bercinta Dengan Engku Emran?” - Fiza Halim


Terdahulu, netizen mula membuat spekulasi mengaitkan Fiza dan Engku selepas lelaki itu memuat naik video bersama dua gadis yang dikatakan mirip seperti anaknya iaitu Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.