Laman Utama
Tak Pakai Mask, 13 Peserta Miss Grand Samut Sakhon Cetus Kluster Covid 19 di Thailand
Sebuah pertandingan ratu cantik Miss Grand Samut Sakhon yang berlangsung di Thailand baru baru ini telah mencetuskan kluster COVID 19 terbaharu di negara tersebut.
Menerusi laporan Bangkok Post, seramai 13 orang peserta dan sembilan lainnya yang membawa jumlah keseluruhan 22 orang disahkan positif virus yang telah membunuh jutaan nyawa di seluruh dunia ini.
Pertandingan tersebut dilangsungkan pada akhir Jun lalu. Laporan sama mengatakan, pihak pengurusan diberi kebenaran untuk menjalankan pertandingan tersebut. Namun, mereka wajib mematuhi 20 syarat ketat atau SOP protokol kesihatan yang telah dikeluarkan pihak berkuasa.
Advertisement
Antara SOP yang perlu dipatuhi termasuklah memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial.
Malangnya, daripada gambar yang tersebar dalam laman sosial seperti Facebook menjadi bukti, pihak pengurusan gagal berbuat demikian apabila para peserta yang bertanding bukan sahaja tidak memakai pelitup muka tetapi tidak menjaga penjarakan sosial.
Kerana telah melanggar SOP dan mendapat banyak kritikan, pihak polis Thailand telah membuka kertas siasatan dan menyiasat semua yang terlibat termasuk para peserta.
"Ada banyak pihak yang terlibat dalam pertandingan ini. Malah tetamu yang datang ke pertandingan kecantikan ini juga tidak memakai pelitup muka dan melanggar SOP yang lainnya," ujar wakil Polis, Pol Maj Gen Piya Tawichai kepada media tempatan.
Minggu lalu kerajaan Thailand mengumumkan perintah berkurung di 9 hotspot virus dengan rakyat dilarang berada di luar rumah sekitar pukul 9 malam sehingga 4 pagi.
Negara Gajah Putih ini turut berdepan gelombang ketiga COVID 18 apabila mencatatkan 86 kematian dengan lebih 9,500 jangkitan pada Sabtu lalu. Peningkatan kes juga menyebabkan katil dan kemudahan di hospital menjadi kritikal.
Kredit Foto: Bangkok Post / AFP
Must-Watch Video