Filem terbaharu romantik komedi terbitan KRU Studios, 7 Minggu Sebelum Kahwin akan ditayangkan di saluran Astro First (480) pada 7 Julai 2022 ini.
Selaku penerbit, Datuk Norman Abdul Halim menegaskan pemilihan menyiarkan filem terbitan mereka dengan kerjasama Bloombordia di saluran Astro First dan bukannya di pawagam adalah atas beberapa faktor.
Menurutnya lagi, trend sambutan penonton di Astro First sangat memberangsangkan sekaligus menjadi alternatif yang baik bagi penerbit selain dari tayangan di pawagam.
“Kami melihat pada sudut trend pemasaran hari ini bukan sahaja dalam negara tetapi luar negara, mengeluarkan content di platform digital sudah biasa. Di Amerika Syarikat sudah start 10 tahun lalu di Malaysia, sejak 2 tahun lalu, banyak filem-filem yang dikeluarkan di Astro First berjaya.
“Antara faktor kami meletakkan filem kami di Astro First bagi mengelakkan duti hiburan. Keduanya kos pemasaran banyak disokong oleh Astro sendiri dan kos pengedaran,” jelasnya kepada Gempak.
Norman ditemui sewaktu majlis sidang media filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur minggu lalu.
Filem ini mendapat sentuhan pengarah Eyra Rahman dan menampilkan barisan pelakon popular seperti Nora Danish, MK K-Clique, Alya Iman, Vanessa Reynauld, Ropie, Yassin, Sham Visa dan Azizah Mahzan.
Tambah Norrman lagi, mempertaruhkan tema perkahwinan menjadi salah satu tema yang cukup dekat dengan khalayak di Malaysia
“Masa kita buat brainstorming untuk filem ni, ia sepatutnya menjadi perkahwinan malapetaka seolah-olah perkahwinan itu tidak seharusnya diteruskan. Tapi pasukan pembangunan KRU semuanya lelaki dan mereka tak tahu apa yang kaum wanita mahukan.
“Jadi kami berbincang dengan bantuan pengarah dan penulis skrip, kita jadikan filem ni dari perspektif seorang wanita. Itu yang watak Syifa ni menjadi lebih agresif berbanding cerita asal. Bila saya tonton cerita tersebut, tiada apa saya nak ubah sebab memang best,” ujarnya lagi.
Filem 7 Minggu mengisahkan Syifa lakonan Nora Danish mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah dan meriah sejak dari kecil.
Bertemu dengan kekasihnya, Amar lakonan MK K-Clique di dalam majlis resepsi menguatkan semangat Syifa bahawa perkahwinan ini mestilah ‘PERFECT!’.
Namun, pelbagai masalah timbul apabila Syifa obses mahukan majlis perkahwinan yang sempurna. Setiap masalah yang muncul telah menyebabkan kepercayaan dan perasaan cinta mereka luntur.
Kemunculan Natasha lakonan Alya Iman, bekas kekasih Amar pada minggu terakhir perkahwinan mereka telah mencetuskan pergaduhan besar dan memutuskan untuk berpisah.
Mampukan Syifa dan Amar mempertahankan cinta mereka sehingga ke jenjang pelamin?
Tonton filem 7 Minggu Sebelum Kahwin bermula 7 Julai ini di saluran Astro First (480).
Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus je ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!
Azwa Rahman
Wed Jul 06 2022

_3.png?ext=.png)
Sarat Dengan Aksi & Lebih Mendebarkan, Ini 10 Sebab Anda Perlu Menonton House of The Dragon
Jom saksikan House of Dragon

Mangsa Dakwa Lakukan S*ks Dengan R. Kelly Ratusan Kali Seawal Usia 15 Tahun
Penyanyi R. Kelly kini menjalani kes mahkamah buat kali kedua atas tuduhan melakukan pornografi kanak kanak dan beberapa kes lain berkaitan seksual.

Isteri Selamat Dibedah, Ramai Doakan Achey – “Semoga Dipermudahkan Semuanya”
Semoga dipermudahkan semuanya.

Sooka Original Series Ini Buat Rindu Zaman Sekolah, Ini Perangai Karakter Drama Kau Vs Aku
Drama Original siri sooka berjudul Kau Vs Aku merupakan adaptasi webnovel Wattpad karya Nurul Husnina Mockthar.

“Berhijab Tak Semestinya Tak Boleh Berfesyen” - Cantiknya Penampilan Ummi Nazeera & Abang Di KLFW!
Adik-beradik fesyen!

Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Rugi Lima Tiket Bernilai RM2,540 - “Memang Allah Tak Izin..”
Takde rezeki.

'Alat Muzik Lama' Didakwa Punca 25 Pelajar Sekolah Diserang Histeria
Semoga dipermudahkan.

Duit & Kerja Tak Ada, Amber Heard Ditawar Berlakon Filem Porno?
Nama Amber Heard dan Johnny Depp memang mendominasi ‘carta’ pemberitaan dari serata dunia sepanjang tahun ini.

Gara Gara Suntik Silikon Di Salon, Pelawak Ini Dipanggil Nenek Sihir
Pelakon dan pelawak veteran Indonesia, Mpok Atiek memang tidak pernah menyembunyikan fakta dirinya melakukan suntikan silikon pada wajah untuk kelihatan cantik.

Tiket Konsert Simfoni Mustika M Nasir 'Sold Out' Dalam 40 Minit!
Tiket konsert Simfoni Mustika M Nasir dan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang dijadualkan pada 26 November nanti habis dijual dalam masa 40 minit sebaik dibuka pada pukul 10 pagi Jumaat.